Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'. Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari raya Aidil Adha hari yang ketiga. Warga SMK Kunak Jaya telah menyempunakan ibadah Kurban yang disumbangkan oleh seorang dermawan yang juga merupakan bapa kepada pelajar di sekolah ini, En. Pirmang Udin. Beberapa orang guru, pelajar, kakitangan bukan mengajar serta bekas pelajar SMK Kunak Jaya telah meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Tepat jam 8.30 pagi, lembu yang di simpan sejak 25.11.2009 telah selamat dikurbankan. Daging lembu yang dikurbankan telah diagih-agihkan kepada warga SMK Kunak Jaya yang hadir serta penduduk kampong yang berdekatan. Semoga sumbangan kurban ini akan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki lagi dari Allah Subahanahu Wata'ala. ____________________________________ UBAT BADAN BERBAU (klik)

SPM DAN STPM 2009

Seperti diketahui ramai, bangunan SMKKJ mengalami kerosakan dan perlu dibaiki segera. Namun tindakan segera pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib, maka alhamdulillah, calon-calon SPM dan STPM dapat mengambil peperiksan penting itu di bangunan projek kilat yang siap sebelum peperiksaan bermula. Bangunan yang dibuat adalah separuh konkrit cukup selesa untuk diduduki walaupun mungkin ada terdapat sedikit kelemahan terutama bau cat yang masih dapat dihidu kerana baru. Namun bagi warga SMKKJ terutamanya calon SPM dan STPM, tetap bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan tersebut di SMKKJ.

Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Imej
Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin). Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu. Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2

PEMBANGUNAN RANCAK

Imej
Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan. Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon

SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Imej
Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan. Selain itu beliau juga

SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MISKIN SEMPENA RAMADAN

Seperti pada tahun-tahun lepas, SMK Kunak Jaya terus melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan al Mubaraq, bagi meningkatkan lagi ketaqwaan warganya yang beragama Islam selain memberi peluang untuk berbuat kebaikan di bulan yang penuh barakah ini. Antara program yang baru sahaja dilancarkan ialah program mengumpul sumbangan berupa wang untuk diagih-agihkan kepada pelajar miskin di sekolah ini. Ini adalah merupakan program tahunan yang menjadi amalan warga SMKKJ. Pengetua semasa melancarkan tabung Pungutan Sumbangan di hadapan PejabatAm mengharapkan agar semua warga SMKKJ tanpa mengira pangkat samada pelajar, kakitangan bukan mengajar mahupun guru, serta tidak mengira agama dan keturunan dapat menghulurkan sumbangan yang ikhlas. Manakala Puan Saniman Sabur pula tidak mensasarkan jumlah pungutan kerana sumbangan yang diperolehi akan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diberikan pihak PIBG serta pihak sekolah sendiri. Selain dari aktiviti itu, pihak AJK Surau Ar-Rauddah SMK

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Imej
Meskipun beberapa kelas masih dibuka di luar bangun sekolah, namun warga SMKKJ tetap melahirkan semangat kemerdekaan menerusi kibaran Jalur Gemilang serta pameran poster, ' banner ' dan ' bunting '.

Puisi Buat Anak Didik

Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua. Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses

LAGI KUNJUNGAN PELAWAT KE SMKKJ

Imej
Sejak berita tentang kerosakan yang berlaku di skolah SMKKJ tersiar melalui media cetak mahupun elektronik, beberapa respon telah diperolehi. Beberapa siri lawatan VIP ke sekolah ini telah diterima. Bermula dengan lawatan YB ADUN N 51 Kunak, Encik Nilwan Kabang, kemudian YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Hj Saleh Kalbi, disusuli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, seterusnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan terbaru dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Encik Raja Mazlan bersama Encik Ahmad Kamal. Pelawat dari BPSH, KPM bergambar bersama kakitangan SMKKJ. Dari kiri, Encik Mohd Hafiz (Kauselor Sekolah), Cik Rashida Abd Rahim (Kauselor sekolah), Puan Gan Siew Lin (PK HEM), Encik Ahmad Kamal, Encik Raja Mazlan, Pn Norsimah (Kauselor SMK Kunak) dan Pn Jahara Pilih (Kerani Kewangan SMKKJ), berlatarkan bangunan blok sekolah yang mengalami keretakan serta anjung berdindingkan 'canvas' yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 Atas Brilliant. Lawatan-lawatan se

MESYUARAT TERGEMPAR PIBG SMKKJ

Hari ini 18.07.2009 (Sabtu), satu mesyuarat tergempar yang memperlihatkan kehadiran ibu bapa paling ramai menghadiri mesyuarat PIBG SMK Kunak Jaya sejak 5 tahun yang lalu. Dianggarkan lebih 300 orang ibu bapa yang hadir bagi membincangkan masalah yang timbul akibat kerosakan bangunan sekolah. Mesyuarat dimulakan pada jam 8.20 pagi dengan dipengerusikan sendiri oleh YDP PIBGSMKKJ, En. Sahing Taking. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kelas agar proses Pengajaran dan Pembelajaran terus berjalan demi kebaikan pelajar. Antara cadangan yang diterima ialah menempatkan pelajar sidang petang di SK Kg Selamat, salah sebuah sekolah yang paling hampir dengan SMK Kunak Jaya, meneruskan 'kelas sementara' di sekitar sekolah serta membina bangunan projek kilat dengan memohon bantuan dari YB Ahli Dewan Rakyat, Tuan Hj Salleh Kalbi dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri, En Nilwan Kabang. Pengetua dalam ucapannya memeberitahu hadirin bahawa YB Nilawan Kabang telah datang ke SMK Kun

PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR

17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'. Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi

P&P HARUS DITERUSKAN

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang diterima bahawa keselamatan menggunakan bangunan SMKKJ adalah terjamin sejak laporan pihak sekolah dibuat pada 01.07.2009 dari mana-mana pihak. Namun yang menjadi sandaran adalah surat pengesahan selamat digunakan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada 2008 selepas jurutera JKR melihat keretakan yang berlaku pada tahun tersebut. Juga mungkin boleh disebutkan jaminan secara lisan yang diungkapkan oleh pegawai JKR Daerah yang melawat sekolah sejurus diberitahu tentang beberapa kejadian serpihan simen jatuh ke lantai baru-baru ini, "Masih selamat, tidak perlu bimbanglah, jangan buat mereka (pelajar) panik, hanya kalau ada melihat serpihan yang mahu jatuh, kasi jatuh samasekali, jangan kena pelajar", begitu ungkapan serta pesan beliau bila ditanya tentang keadaan bangunan. Berpegang dengan kata-kata serta surat bertarikh 2008 itulah maka pihak sekolah masih terus membuka sekolah ini. Namun dalam sedikit keyakinan tentang jam

BANGUNAN SMK KUNAK JAYA...@!?.><

"Mana tidak bimbang, ini bangunan batu, bukan kayu bah... kalau runtuh bukan boleh angkat-angkat punya..." begitu keluh seorang warga SMK Kunak Jaya yang saban hari diulit kebimbangan melihat beberapa keretakan dan pecahan serpihan kecil syiling yang jatuh ke lantai. Pada hari Rabu minggu lepas (01.07.2009) seluruh warga SMK Kunak Jaya dikejutkan apabila serentak 4 tempat belaku kejadian serpihan konkrit syiling bangunan sekolah jatuh ke lantai. Mujurlah tidak ada pelajar atau warga sekolah yang di timpa serpihan batu dan simen. Pihak pentadbiran sekolah segera menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak. Encik Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak segera datang melihat keadaan banguna sekolah dan memberi nasihat agar bangunan sekolah dikosongkan sehingga pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak memberi kata putus. Setelah dihubungi pihak JKR segera menghantar pegawainya untuk melihat sendiri keadaan bangunan sekolah. Selepas memberi jaminan

SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH KUNAK

Pada malam 3hb Julai 2009 telah berlangsung Malam Sejambak Budi (majlis makan malam sempena hari guru) di Dewan SMK Kunak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Nilwan Bin Kabng, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) N 51 Kunak. Berbagai acara telah dijalankan termasuk penyampaian sijil anugerah kecemerlangan. SMK Kunak Jaya turut menerima dua anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Bilik Boss terbaik kategori sekolah menengah. Manakala pada 4hb Julai 2009, iaitu keesokan harinya berlangsung pula acara Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak di SMK Madai. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang juga merupakan Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semasa majlis tersebut YB telah meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk mendirikan pusat rekreasi guru-guru daerah Kunak. SMK Kunak Jaya turut menerima anugerah tertinggi akademik iaitu Pencapaian

SIMPTON DAN CARA MENCEGAH SELSEMA BABI (H1N1)

Imej
Apakah Selesema Babi? Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja. Adakah Virus Ini Berjangkit? CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi. Virus H1N1 [Klik gambar untuk saiz besar] Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia? Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, saki

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2009

Imej
Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 0230 petang Jumaat 19.06.2009, para peserta Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya telah berkumpul dan memulakan aktiviti yang dijadualkan. Kem ini disertai kalangan Pengawas Disiplin Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas berlangsung selama 3 hari 2 malam, iaitu sehingga 21.06.2009. Pada kali ini kem kepimpinan ini diadakan lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya atas beberapa sebab dan kekangan.Apapun syukur, alhamdulillah kem ini akhirnya dapat dijalankan walaupun beberapa kali ditunda. Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Voon Jenh Khiong serta semua guru displin dan guru kelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apa diharapkan, selepas menyertai kem ini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dari pengisian program dalam kehidupan seharian khususnya diwaktu-waktu persekolahan. Sebagai Pengawas, Ketua Kelas ataupun Penolong Ketua Kelas, me

Cuti-Cuti Malaysia

Imej
Pada 4hb Jun 2009 yang lalu saya ke Kota Kinabalu atas urusan keluarga. Kebetulan semasa melawat Muzium Negeri Sabah, saya bertembung dengan kumpulan pelajar SMKKJ bersama beberapa orang guru dalam sesi lawatan mereka. Mereka ialah kumpulan pelajar Sains Pertanian dalam program lawatan sambil belajar ke beberapa tempat berkaitan subjek Sains Pertanian. Rombongan pelajar berkenaan di ketuai oleh Cikgu Ismail Naweh. Selain itu, lawatan kali ini juga menggabungkan pelajar dari dua buah sekolah iaitu turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Pertanian SMK Bugaya II diketuai oleh cikgu Ibram Syah Arham. Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil. [Klik gambar untuk saiz besar]. Kelihatan (gambar bawah) cikgu Sahril Hamid sedang mengabadikan kenangan bersama pelajar SPA SMKKJ 2009 di hadapan pintu masuk Muzium Negeri. Selain gambar ini ada beberapa gambar lagi yang tidak sempat saya masukkan kerana keterbatasan waktu. Insya Allah akan dimuat naik beberapa hari lagi

SELSEMA BABI DAN TUALA WANITA

Imej
Ketika sedang memandu kelmarin, saya tertarik dengan laporan berita dari pusat berita radio nasional pada jam 5 petang. Antara berita yang dilaporkan adalah isu berkaitan selsema babi di Jepun. Menurut pembaca berita tersebut, topeng penutup mulut sudah habis di Jepun gara-gara gejala selsema babi. Akibatnya, rakyat Jepun kini mungkin akan menggunakan tuala wanita sebagai alternatif untuk menutup mulut dan hidung mereka. Bunyinya agak menarik dan lucu. Pada saya, ada 2 kemungkinan yang menyebabkan topeng penutup mulut amat laris di Jepun. Pertama, mungkin rakyat Jepun sangat mengambil berat terhadap kesihatan mereka apatahlagi selsema babi merupakan penyakit yang membawa maut. Kemungkinan kedua, mungkin juga rakyat Jepun sangat takut kepada penyakit yang membawa maut ni. Barangkali terdapat kemungkinan lain yang saya sendiri kurang pasti. Semenjak penyakit ini mula dikenali di Malaysia, saya berasa lucu dan jijik dengan selsema babi. Saya rasa lucu sebab tak sangka ada penyakit y

PERKHEMAHAN PERDANA 2009

TEMA : "SATU SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Perkhemahan Perdana 2009 yang merupakan program tahunan SMK Kunak Jaya, telah berakhir setelah berlangsung selama 3 hari bermula 27hb Mei sehingga 29hb Mei 2009. Pada tahun ini sebanyak 6 pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM). Pengarah program pada tahun ini ialah Cikgu Abdul Ghani Abd Rahman dibantu oleh Cikgu Abd Mulok Abdullah Sani selaku Timbalan Pengarah serta guru-guru SMK Kunak Jaya sebagai AJK Pelaksana, telah melahirkan rasa syukur kerana program berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat sedikit masalah terutama berkaitan bekalan air, namun akhirnya dapat diselaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Air Daerah Kunak. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIB

YB NILWAN KABANG WAKIL RAKYAT N51 KUNAK UCAP SELAMAT HARI GURU

Imej
21.05.2009 (Khamis), kira-kira jam 0955 rombongan wakil Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang, Wakil Rakyat N51 Kunak, telah berkunjung ke SMK Kunak Jaya bagi mngucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kunak Jaya. Rombongan YB diketuai oleh Puan Aminah telah menyerahkan kek Hari Guru kepada Penolong Kanan HEM, Pn Gan Siew Lin yang mewakili guru SMK Kunak Jaya. Menurut Pn Jainah dan Pn Aminah, YB Encik Nilwan Kabang tidak dapat hadir sendiri menyampaikan ucapan serta menyerahkan kek Hari Guru tersebut kerana YB pada masa ini berada di Kota Kinabalu atas tugas rasmi sebagai wakil rakyat Kunak. YB berkirim salam kepada semua guru di SMK Kunak Jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama. Bagi pihak warga pendidik SMK Kunak Jaya, terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat semoga perhatian YB terhadap sekolah ini berterusan demi kemajuan dan kecemerlangan warga Kunak secara umum.

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Imej
LAGI SEKITAR HARI GURU 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Sambutan Hari Guru peringkat seolah akan diadakan serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2009. Berbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pada tahun ini Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) dibawah pimpinan PK Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya, Puan Basarah Bt Bakar telah diberi tanggungjawab mengatur perjalanan aktiviti sambutan. Antara acara yang akan dijalankan ialah Acara Sukaneka yang melibatkan semua guru sekolah ini serta aktiviti bertukar hadiah sesama rakan guru. Semoga sambutan pada tahun ini akan meningkatkan lagi komitmen serta motivasi dikalangan guru demi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Selamat Hari Guru. LOGO HARI GURU Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dal

KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009

Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut. Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh M ohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran , Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran ,

KOMPANG DAN FORMASI NEGERI SABAH 2009

07.05.2009 (Khamis), Pertandingan Paluan Dan Formasi Kompang Peringkat Negeris Sabah 2009 telah berlangsung di Padang SMK Kunak Jaya. Sebanyak 2 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah mewakili zon masing-masing telah mempersembahkan paluan dan formasi kompang bermula jam 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan persembahan dari Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau yang mewakili Zon Tenggara, diikuti oleh SK Kem Lokawi, Kota Kinabalu yang mewakili Zon Barat, dan diakhiri oleh persembahan SMK Kunak Jaya, Kunak yang juga mewakili Zon Tenggara Kategori Sekolah Menengah. Kesemua pasukan telah mempersembahkan Paluan dan Formasi Kompang yang baik sehingga menimbulkan saingan sengit terutama bagi kategori Sekolah Menengah. SK Kem Lokawi telah muncul sebagai juara kategori sekolah rendah, manakala SMK Kunak Jaya telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan kategori sekolah menengah selain merangkul hadiah Paluan Terbaik. SM St Michael, Kota Kinabalu pula memenangi hadiah Formasi Terba

PELUANG PEKERJAAN DLM SEKTOR KELAPA SAWIT

08.04.2009 , Rabu, telah berlangsung majlis ceramah kerjaya Anjuran Perpustakaan Negeri Sabah dengan kerjasama POIC (Palm Oil Industrial Cluster), MPOB Malaysian Palm Oil Board) dan IOI Corporation Berhad di Dewan SMK Kunak Jaya. Majlis dipengerusikan oleh pelajar Andi Arfahaini Andi Arnis , pelajar tingkatan 5 Sains yang juga seorang pengawas sekolah. Pengetua, Encik Noor Aslam Mano Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya berkata bahawa pelajar sekolah ini bertuah kerana terpilih untuk mendengar serta menimba ilmu melaluinya. Beliau berharap agar para pelajar mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. Antara penceramah yang hadir ialah Encik Clarence Binayu dari POIC yang menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk 'POIC Lahad Datu & Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Industri Kelapa Sawit'. Turut menyampaikan ceramah Encik Hardiansa Bin Hatta dari IOI Corporation Berhad, Encik Jesse Quiban dari MPOB serta Encik CC Fung , Media Consultant POIC Sabah Sdn Bhd. Majlis

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010

Mesyuarat Agung PIBG SMKKJ 2009/2010 telah di sempurnakan perasmiannya oleh pengetua SMKKJ pada 28.03.2009 di Dewan SMK Kunak Jaya. Seramai lebih 200 orang ibubapa berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat pada tahun ini tidak mengadakan pemilihan kerana hanya akan diadakan pada tahun 2010 (pemilihan dua tahun sekali).

Nota Sains SPM

Imej
Alhamdulillah, akhirnya dengan kerjasama 'si Tuan', maka bolehlah para pelajar muat turun beberapa nota Sains untuk Tingkatan 4 & 5 dalam format pdf. Sebenarnya nota yang saya terima adalah dalam format ppt namun terpaksa saya convert kan ke format pdf untuk tujuan hak penulisan penulis selain mudah untuk dimuat turun. Semoga dengan nota matapelajaran tersebut, akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi penguasaan dalam subjek Sains. Walau bagaimanapun, nota tersebut disediakan dalam Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar semua pelajar dapat memanfaatkannya, termasuk mereka yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. InsyaAllah, saya akan cuba dapatkan bantuan (khidmat) beberapa orang guru bagi beberapa subjek agar dapat menyediakan nota sebegini. Muat turunlah nota tersebut di ruangan MUAT TURUN NOTA . Semoga para pelajar dapat manfaat. Selamat belajar.

BADAN PENGAWAS BUKTI KEUNGGULAN

Imej
Pelajar terbaik STPM 2008 Amir Paisal. Mohd Farid Lamza serta Marhaina Limin bergambar bersama Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dan PK1, Cikgu Harifudin Parakasi. 11.03.2009- Keputusan STPM 2008 baru sahaja diumumkan. Keputusan kali ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus iaitu 97.9% yang disifatkan oleh PK1 Cikgu Harifudin Parakasi sebagai telah kembali kelandasan asal. Ini kerana menurut beliau, SMKKJ sebelum 2007 telah mencatatkan peningkatan peratusan setiap tahun, kecuali pada tahun 2007 telah mencatatkan sedikit penurunan. Keputusan STPM 2008 juga memperlihatkan pencapaian GPS sebanyak 2.54. Antara pelajar Tingkatan 6 tahun 2008 bergambar bersama guru-guru SMKKJ selepas menerima keputusan masing-masing. Antara pelajar yang mencatatkan keputusan terbaik ialah Amir Bin Paisal dengan 4A (terbaik di Daerah Kunak), Marhaina Bt. Limin, 3A 1B dan Mohd Farid Bin Lamza 3A 1B. Ketiga-tiga pelajar tersebut merupakan Pengawas Disiplin Sekolah. Marhaina adalah me

LAGI SEKITAR SUKAN 2009

Imej