SEKITAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK JAYA, PERISTIWA DAN CATATAN AKTIVITI
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Meskipun beberapa kelas masih dibuka di luar bangun sekolah, namun warga SMKKJ tetap melahirkan semangat kemerdekaan menerusi kibaran Jalur Gemilang serta pameran poster, 'banner' dan 'bunting'.
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin, Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Men...
P ada 08.05.2012 berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kunak Jaya kepada pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Hadiah yang merupakan Sijil dan Wang Tunai mengikut kecemerlangan atau jumlah 'A' yang diperolehi pelajar kategori masing-masing. Hadiah sijil dan wang tunai adalah sumbangan pihak sekolah. Anugerah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dalam suasana Perhimpunan Mingguan sekolah. Ditanya kenapa majlis diadakan sebegitu ringkas, lebih-lebih lagi Guru-Guru SMK Kunak Jaya terlibat dengan mesyuarat khas PIBG dan Hari Guru Peringkat Sekolah, Tuan Pengetua memberitahu bahawa, ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar terlibat datang sendiri menerima anugerah masing-masing. Pelajar-pelajar berkenaan terutama pelajar lepasan SPM dan STPM akan dan mula sibuk dengan urusan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat seterusnya. Pada tahun 2011, SMK Kunak Jaya berjaya mencatatkan rekod...
7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam Kelas: TIPS (1) ABAIKAN SEMUA YANG LAIN Apabila Cikgu mula mengajar sahaja,hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku,berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut. Beri tumpuan 200% kepada penerangan guru. Inilah RAHSIA PALING BESAR pelajar yang cemerlang dalam MATEMATIK! TIPS (2) TEKA,APA CIKGU MAHU AJAR Sebelum cikgu mula mengajar satu topik baru,tanya dalam minda *Topik ini berkenaan apa? *Apa yang penting agaknya dalam topik ini? *Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini.Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula ,LEBIH BAGUS TIPS (3) CONTENG KERTAS KOSONG Semasa cikgu mengajar,jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang tidak faham,CONTENGKAN di atas kertas kosong.YA CONTENGKAN! Apa yang faham semasa cikgu mengajar contengkan juga. TIPS (4) BAYANGKAN APA YANG CIKGU SEDANG AJ...
Ulasan
Catat Ulasan