Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

PMR, SPM & STPM

Imej
Peperiksaan PMR baru sahaja berakhir. Semoga keputusan yang bakal diterima kelak menunjukkan kecemerlangan seterusnya akan menaikkan nama sekolah. Kini giliran pelajar Tingkatan 2, 4 dan 6 Rendah menghadapi peperiksaan Excel 1 dibawah JPN Sabah. Kepada mereka yang terlibat diucapkan selamat menempuh peperiksaan semoga semua pelajar menjawab dengan penuh kesungguhan dan keyakinan.
Kepada calon SPM dan STPM pula, adalah diharapkan dalam masa yang amat singkat ini, mereka telah bersedia untuk menempuh peperiksaan tersebut dengan penuh yakin. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan persediaan yang ada. Bagi pihak semua warga SMK Kunak Jaya, kami mendoakan kejayaan anda semua.

LIHAT PENYATA GAJI ONLINE

Imej
Kini pengguna terutamanya pekerja Jabatan Kerajaan boleh mendapatkan Penyata Gaji mereka secara online. Bagaimanapun setiap pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh mengakses penyata gaji online mereka, biasalah untuk keselamatan.
Mula-mula layarilah laman web Jabatan Akauntan Negara. Bagi yang belum mendaftar, klik arahan Pertama Kali Mendaftar untuk mendaftar dan isikan borang ringkas yang dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor gaji dan kata laluan yang anda pilih sendiri dengan tidak kurang dari 8 huruf atau nombor. Klik OK. Selesai pendaftaran. Sekarang anda boleh mula daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda.
Untuk Penyata bulanan, klik perkataan 'sendiri' dibawah Penyata Gaji, pilih bulan dan tahun kemudian klik kod warna merah di dalam jadual yang dipaparkan. Penyata anda akan dimuat turun secara automatik dalam format pdf. Oleh itu sila pastikan komputer anda ada aplikasi pdf (Adobe Reader) untuk melihat Peny…