Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Nota Sains SPM

Imej
Alhamdulillah, akhirnya dengan kerjasama 'si Tuan', maka bolehlah para pelajar muat turun beberapa nota Sains untuk Tingkatan 4 & 5 dalam format pdf. Sebenarnya nota yang saya terima adalah dalam format ppt namun terpaksa saya convert kan ke format pdf untuk tujuan hak penulisan penulis selain mudah untuk dimuat turun. Semoga dengan nota matapelajaran tersebut, akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi penguasaan dalam subjek Sains. Walau bagaimanapun, nota tersebut disediakan dalam Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar semua pelajar dapat memanfaatkannya, termasuk mereka yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. InsyaAllah, saya akan cuba dapatkan bantuan (khidmat) beberapa orang guru bagi beberapa subjek agar dapat menyediakan nota sebegini. Muat turunlah nota tersebut di ruangan MUAT TURUN NOTA . Semoga para pelajar dapat manfaat. Selamat belajar.

BADAN PENGAWAS BUKTI KEUNGGULAN

Imej
Pelajar terbaik STPM 2008 Amir Paisal. Mohd Farid Lamza serta Marhaina Limin bergambar bersama Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dan PK1, Cikgu Harifudin Parakasi. 11.03.2009- Keputusan STPM 2008 baru sahaja diumumkan. Keputusan kali ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus iaitu 97.9% yang disifatkan oleh PK1 Cikgu Harifudin Parakasi sebagai telah kembali kelandasan asal. Ini kerana menurut beliau, SMKKJ sebelum 2007 telah mencatatkan peningkatan peratusan setiap tahun, kecuali pada tahun 2007 telah mencatatkan sedikit penurunan. Keputusan STPM 2008 juga memperlihatkan pencapaian GPS sebanyak 2.54. Antara pelajar Tingkatan 6 tahun 2008 bergambar bersama guru-guru SMKKJ selepas menerima keputusan masing-masing. Antara pelajar yang mencatatkan keputusan terbaik ialah Amir Bin Paisal dengan 4A (terbaik di Daerah Kunak), Marhaina Bt. Limin, 3A 1B dan Mohd Farid Bin Lamza 3A 1B. Ketiga-tiga pelajar tersebut merupakan Pengawas Disiplin Sekolah. Marhaina adalah me

LAGI SEKITAR SUKAN 2009

Imej

SEKITAR PERASMIAN KEMUNCAK SUKAN 2009

Imej
Kiri -Pengetua SMK Kunak Jaya, En. Noraslam Mano Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Kanan -Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kunak, En. Ribut Nasip semasa berucap merasmikan Kemuncak Sukan Tahunan Ke18. Gambar atas-Pegawai Perasmi di apit oleh Pengetua dan PK 1 semasa menerima tabik hormat kontinjen perbarisan. Gambar bawah- Bacaan ikrar kejohanan oleh Faizan Hamudin. KONTINJEN PERBARISAN UNIT BERUNIFORM -Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia -Persatuan Pengakap -Kadet Bomba Dan Penyelamat -Persatuan Pandu Puteri -Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) - Kadet Remaja Sekolah (KRS) KONTINJEN PERBARISAN RUMAH SUKAN -Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) -Rumah sukan JAGUH -Rumah sukan PERKASA -Rumah sukan WIRA -Rumah sukan SATRIA