SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran.

Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'.

Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal sekolah. Kerana sesungguhnya telah terbukti, bahawa bangunan sekolah bukan menjadi penghalang kepada kejayaan pelajar PMR 2009 yang berjaya memecahkan rekod pencapaian peratusan kelulusan keseluruhan yang sekian lama pada tahap dibawah 50%. Kini SMK Kunak Jaya boleh berbangga dengan pencapaian peratusan kelulusan melebihi 52% dengan 2 orang pelajar mendapat 8A, 2 orang mendapat 7A1B dan beberapa orang yang mendapat 6A2B. Tahniah kepada pelajar PMR 2009 serta guru-guru SMKKJ amnya, guru-guru sidang petang khasnya. Teruskan usaha anda. Semoga pelajar SPM dan STPM 2009 juga hendaknya.

Kepada warga SMKKJ, sekali lagi diucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah. Perlu diingatkan bahawa buat masa sekarang kawasan bangunan utama sekolah adalah kawasan merbahaya, kerana kerja-kerja pembaikan sedang berjalan. Jadi kepada semua dingatkan agar berjaga-jaga ketika berada disekitar bengunan uatam sekolah.

Slide show kursus (LDP) 2009

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI