SAMBUTAN HARI GURU 2009


LAGI SEKITAR HARI GURU 2009


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sambutan Hari Guru peringkat seolah akan diadakan serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2009. Berbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pada tahun ini Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) dibawah pimpinan PK Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya, Puan Basarah Bt Bakar telah diberi tanggungjawab mengatur perjalanan aktiviti sambutan. Antara acara yang akan dijalankan ialah Acara Sukaneka yang melibatkan semua guru sekolah ini serta aktiviti bertukar hadiah sesama rakan guru. Semoga sambutan pada tahun ini akan meningkatkan lagi komitmen serta motivasi dikalangan guru demi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Selamat Hari Guru.

LOGO HARI GURU
  • Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
  • Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
  • Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
  • Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
  • Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
  • Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI