KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2009

Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 0230 petang Jumaat 19.06.2009, para peserta Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya telah berkumpul dan memulakan aktiviti yang dijadualkan. Kem ini disertai kalangan Pengawas Disiplin Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas berlangsung selama 3 hari 2 malam, iaitu sehingga 21.06.2009. Pada kali ini kem kepimpinan ini diadakan lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya atas beberapa sebab dan kekangan.Apapun syukur, alhamdulillah kem ini akhirnya dapat dijalankan walaupun beberapa kali ditunda.

Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Voon Jenh Khiong serta semua guru displin dan guru kelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apa diharapkan, selepas menyertai kem ini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dari pengisian program dalam kehidupan seharian khususnya diwaktu-waktu persekolahan. Sebagai Pengawas, Ketua Kelas ataupun Penolong Ketua Kelas, mereka adalah pemimpin peringkat sekolah yang menjadi pelapis pemimpin negara akan datang. Oleh itu sekolah adalah merupakan tapak serta landasan untuk membentuk jatidiri seseorang pemimpin.


Sepanjang kem berlangsung, tidak ada masalah besar yang timbul selain berkaitan dengan air, namun dapat diatasi dengan membeli air dari Jabatan Air Daerah Kunak. Selain itu semua berjalan lancar. Kem kepimpinan ditutup dengan rasminya pada jam 1130 pagi 21.06.2009 dan semua peserta meninggalkan kawasan sekolah sebelum jam 0130 petang.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI