Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin).

Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu.





Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2008-2009. Bagi pelajar yang cemerlang PMR, SPM dan STPM, mereka menerima anugerah berupa sijil dan wang tunai. Beberapa orang ibu bapa hadir menerima hadiah kecemerlangan anak mereka terutama mereka yang berada di institusi pengajian tinggi kini. Anugerah kecemerlangan SPM paling banyak diterima oleh Safiah Pirmang, manakala anugerah STPM pula paling banyak diterima oleh Mohd Amir Paisal yang memperolehi 4A STPM 2008. Selain itu anugerah kecemerlangan juga dianugerahkan kepada guru-guru yang menunjukkan peningkatan prestasi.

Selain anugerah akademik, juga diberikan anugerah kokurikulum serat pengurusan hal ehwal murid. Semoga dengan penganugerahan ini akan menambahkan lagi motivasi kepada pelajar dan warga SMK Kunak Jaya amnya untuk meningkatkan pencapaian masing-masing kearah kecemerlangan sesuai dengan visi dan misi sekolah yang mensasarkan tahun 2013 sebagai sekolah cemerlang di Zon Tenggara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI