SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MISKIN SEMPENA RAMADAN

Seperti pada tahun-tahun lepas, SMK Kunak Jaya terus melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan al Mubaraq, bagi meningkatkan lagi ketaqwaan warganya yang beragama Islam selain memberi peluang untuk berbuat kebaikan di bulan yang penuh barakah ini. Antara program yang baru sahaja dilancarkan ialah program mengumpul sumbangan berupa wang untuk diagih-agihkan kepada pelajar miskin di sekolah ini. Ini adalah merupakan program tahunan yang menjadi amalan warga SMKKJ.

Pengetua semasa melancarkan tabung Pungutan Sumbangan di hadapan PejabatAm mengharapkan agar semua warga SMKKJ tanpa mengira pangkat samada pelajar, kakitangan bukan mengajar mahupun guru, serta tidak mengira agama dan keturunan dapat menghulurkan sumbangan yang ikhlas. Manakala Puan Saniman Sabur pula tidak mensasarkan jumlah pungutan kerana sumbangan yang diperolehi akan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diberikan pihak PIBG serta pihak sekolah sendiri.



Selain dari aktiviti itu, pihak AJK Surau Ar-Rauddah SMK Kunak Jaya juga mengadakan solat Taraweh secara berjemaah serta mengadakan majlis 'Moreh' selepas solat Taraweh diadakan. Penyumbang juadah atau jamuan moreh adalah terdiri dari guru-guru dan kakitangan sekolah. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti tahunan Surau Ar-Rauddah dibawah kendalian Encik Sharir Hamid. Semoga segala usaha warga SMK Kunak Jaya ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI