Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

KETUA PELAJAR 2009/2010 PELAJAR TERBAIK STPM

Imej
Ramis Hamadul, Ketua Pengawas (Ketua Pelajar) SMK Kunak Jaya Sesi 2009/2010 merupakan pelajar terbaik STPM 2010 bagi SMK Kunak Jaya. Beliau yang memperolehi 4A (PNGK 3.92 dengan 3A dan 1A-), melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak sekolah terutama semua guru yang banyak memberi galakan dan tunjuk ajar kepada beliau. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam semua bidang, Ramis dapat mengharungi semuanya dengan penuh komitmen. Selain Ramis, beberapa orang Pengawas 2009-2010 juga mencatatkan keputusan cemerlang, antaranya Darma Saparudin-Setiausaha (2A,2B), Datu Awaluddin Datu Kamaruddin-AJK (3A,1B), Sarinah Abirin-Timbalan Ketua Pengawas (2A,2B), Siti Sabariah Jamaluddin-AJK (3A,1B), Norazizah Lapawi-AJK (3B,1C), Murina Abd Rakman-AJK (2A,2B), Laowama Yrilis (1A,2B,1C), Nahtasha Jain (4B), Nurul Sukma Mohd Saat (1A,3B), dan Suraidah Mohd Sadim (1B, 3C). Tahniah diucapkan kerana sekali lagi Badan Disiplin sekolah membuktikan disiplin yang baik akan menjadi pemangkin kepada

SUKAN TAHUNAN KE 18, SMK KUNAK JAYA

Imej
Peristiwa bergambar sepanjang Acara Saringan dan Akhir Sukan Tahunan ke 18 Tahun2011 Sekitar hari kemuncak Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya ke 18 Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya turut menjayakan Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya. Leftenan Kolonel (RELA) Rosmi Bin Saad, Pegawai RELA Kunak merasmikan Penutupan Sukan Tahunan. Kelihatan dalam gambar LT Kol. Rosmi bergambar bersama Pengetua, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah dan ahli Briged Muda RELA SMKKJ.