Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ramadhan Bulan Al-Qur'an

Imej
Kechapi Islamic Greeting Card
Puasa di bulan Ramadhan semua orang tahu dan mungkin menjadi amalan mereka sejak kecil lagi yakni sejak di bangku sekolah rendah. Namun membaca Al-Qur'an sama ada pada siang hari mahupun sebelah malam sepatutnya dijadikan amalan semua orang. Ramai yang hanya menghabiskan masa siangnya dengan melayan tidur terutama ketika tengah hari yang akhirnya berlarutan hingga ke waktu berbuka puasa.
Di SMK Kunak Jaya, amalan membaca Al-Qur'an telah menjadi amalan tahunan sempena bulan Ramadhan yang biasanya diamalkan secara bertadarus. Kalau boleh kumpulan tadarus Al-Qur'an ini ditambah lagi agar lebih ramai warga sekolah yang terlibat. Kerana selain meningkatkan amal ibadah Ramadhan dengan membaca Al-Qur'an, pelajar yang mungkin kurang lancar membaca Al-Qur'an boleh sama-sama mempertingkatkan lagi bacaan mereka. Ini kerana ramai pelajar yang hanya tahu membaca Al-Qur'an secara 'merangkak-rangkak' kerana terlalu lama tidak membacanya. Ad…

Ramadhan Datang Lagi

Imej
Banner Program Ramadhan Dekat Di Hati yang kini boleh dilihat di hadapan sekolah.
Seperti biasa pada tahun-tahun yang lepas, warga SMK Kunak Jaya akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan dengan berbagai program. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam dibawah Bidang Kemanusiaan melancarkan Program Ramadhan Dekat Di Hati yang merangkumkan beberapa aktiviti dan program sepanjang Ramadhan. Selain mengadakan solat sunat Tarawih dan moreh di surau Ar-Raudhah (surau sekolah), beberapa program yang merupakan program tahunan juga turut dirancang bagi memberi peluang kepada warga sekolah menghayati bulan Ramadhan disamping menjalankan ibadah puasa.
Antaranya Kuiz Ramadhan yang akan dijalankan pada waktu rehat dan semasa perhimpunan mingguan. Pada waktu pagi pula setiap hari akan disiarkan melalui alat siaraya Tazkirah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saham Ar-Raudhah pula merupakan program yang mendidik warga SMK Kunak Jaya menjadi insan yang pemurah, suka bersedekah serta…