Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

LAGI KUNJUNGAN PELAWAT KE SMKKJ

Imej
Sejak berita tentang kerosakan yang berlaku di skolah SMKKJ tersiar melalui media cetak mahupun elektronik, beberapa respon telah diperolehi. Beberapa siri lawatan VIP ke sekolah ini telah diterima. Bermula dengan lawatan YB ADUN N 51 Kunak, Encik Nilwan Kabang, kemudian YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Hj Saleh Kalbi, disusuli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, seterusnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan terbaru dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Encik Raja Mazlan bersama Encik Ahmad Kamal.

Pelawat dari BPSH, KPM bergambar bersama kakitangan SMKKJ. Dari kiri, Encik Mohd Hafiz (Kauselor Sekolah), Cik Rashida Abd Rahim (Kauselor sekolah), Puan Gan Siew Lin (PK HEM), Encik Ahmad Kamal, Encik Raja Mazlan, Pn Norsimah (Kauselor SMK Kunak) dan Pn Jahara Pilih (Kerani Kewangan SMKKJ), berlatarkan bangunan blok sekolah yang mengalami keretakan serta anjung berdindingkan 'canvas' yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 Atas Brilliant.

Lawatan-lawatan seb…

MESYUARAT TERGEMPAR PIBG SMKKJ

Hari ini 18.07.2009 (Sabtu), satu mesyuarat tergempar yang memperlihatkan kehadiran ibu bapa paling ramai menghadiri mesyuarat PIBG SMK Kunak Jaya sejak 5 tahun yang lalu. Dianggarkan lebih 300 orang ibu bapa yang hadir bagi membincangkan masalah yang timbul akibat kerosakan bangunan sekolah.

Mesyuarat dimulakan pada jam 8.20 pagi dengan dipengerusikan sendiri oleh YDP PIBGSMKKJ, En. Sahing Taking.


Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kelas agar proses Pengajaran dan Pembelajaran terus berjalan demi kebaikan pelajar. Antara cadangan yang diterima ialah menempatkan pelajar sidang petang di SK Kg Selamat, salah sebuah sekolah yang paling hampir dengan SMK Kunak Jaya, meneruskan 'kelas sementara' di sekitar sekolah serta membina bangunan projek kilat dengan memohon bantuan dari YB Ahli Dewan Rakyat, Tuan Hj Salleh Kalbi dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri, En Nilwan Kabang.

Pengetua dalam ucapannya memeberitahu hadirin bahawa YB Nilawan Kabang telah datang ke SMK Kunak…

PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR

17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'.

Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi …

P&P HARUS DITERUSKAN

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang diterima bahawa keselamatan menggunakan bangunan SMKKJ adalah terjamin sejak laporan pihak sekolah dibuat pada 01.07.2009 dari mana-mana pihak. Namun yang menjadi sandaran adalah surat pengesahan selamat digunakan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada 2008 selepas jurutera JKR melihat keretakan yang berlaku pada tahun tersebut. Juga mungkin boleh disebutkan jaminan secara lisan yang diungkapkan oleh pegawai JKR Daerah yang melawat sekolah sejurus diberitahu tentang beberapa kejadian serpihan simen jatuh ke lantai baru-baru ini, "Masih selamat, tidak perlu bimbanglah, jangan buat mereka (pelajar) panik, hanya kalau ada melihat serpihan yang mahu jatuh, kasi jatuh samasekali, jangan kena pelajar", begitu ungkapan serta pesan beliau bila ditanya tentang keadaan bangunan.

Berpegang dengan kata-kata serta surat bertarikh 2008 itulah maka pihak sekolah masih terus membuka sekolah ini. Namun dalam sedikit keyakinan tentang jam…

BANGUNAN SMK KUNAK JAYA...@!?.><

"Mana tidak bimbang, ini bangunan batu, bukan kayu bah... kalau runtuh bukan boleh angkat-angkat punya..." begitu keluh seorang warga SMK Kunak Jaya yang saban hari diulit kebimbangan melihat beberapa keretakan dan pecahan serpihan kecil syiling yang jatuh ke lantai. Pada hari Rabu minggu lepas (01.07.2009) seluruh warga SMK Kunak Jaya dikejutkan apabila serentak 4 tempat belaku kejadian serpihan konkrit syiling bangunan sekolah jatuh ke lantai. Mujurlah tidak ada pelajar atau warga sekolah yang di timpa serpihan batu dan simen. Pihak pentadbiran sekolah segera menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak.

Encik Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak segera datang melihat keadaan banguna sekolah dan memberi nasihat agar bangunan sekolah dikosongkan sehingga pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak memberi kata putus. Setelah dihubungi pihak JKR segera menghantar pegawainya untuk melihat sendiri keadaan bangunan sekolah. Selepas memberi jaminan …

SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH KUNAK

Pada malam 3hb Julai 2009 telah berlangsung Malam Sejambak Budi (majlis makan malam sempena hari guru) di Dewan SMK Kunak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Nilwan Bin Kabng, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) N 51 Kunak. Berbagai acara telah dijalankan termasuk penyampaian sijil anugerah kecemerlangan. SMK Kunak Jaya turut menerima dua anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Bilik Boss terbaik kategori sekolah menengah.

Manakala pada 4hb Julai 2009, iaitu keesokan harinya berlangsung pula acara Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak di SMK Madai. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang juga merupakan Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semasa majlis tersebut YB telah meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk mendirikan pusat rekreasi guru-guru daerah Kunak.


SMK Kunak Jaya turut menerima anugerah tertinggi akademik iaitu Pencapaian T…