Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUNAK UNTUK SMK KUNAK JAYA.

Imej
30 Julai 2011, bertempat di SMK Madai, Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kunak 2011 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud.
Majlis yang diserikan dengan persembahan dua buah tarian dari pelajar dan guru SMK Kunak Jaya ini seakan menjadi majlis yang dibintangi oleh warga SMK Kunak Jaya. Mana tidaknya, dari pengurusan pentas, persembahan, montaj, sambutan (kompang) sehingga kepada penerima anugerah, ada sahaja kalibat warga SMK Kunak Jaya. Tahniah kepada warga SMK Kunak Jaya.
Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah telah mengetuai senarai penerima Anugerah bagi pihak SMK Kunak Jaya apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik daripada Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Selain itu, SMK Kunak Jaya juga menerima anugerah: 01. Anugerah Lonjakan Saujana SPM 02. Anugerah Prestasi Terbaik SPM 2010 03. Anugerah …

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Imej
Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa.
Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah …