Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA 2009

TEMA : "SATU SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Perkhemahan Perdana 2009 yang merupakan program tahunan SMK Kunak Jaya, telah berakhir setelah berlangsung selama 3 hari bermula 27hb Mei sehingga 29hb Mei 2009. Pada tahun ini sebanyak 6 pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM). Pengarah program pada tahun ini ialah Cikgu Abdul Ghani Abd Rahman dibantu oleh Cikgu Abd Mulok Abdullah Sani selaku Timbalan Pengarah serta guru-guru SMK Kunak Jaya sebagai AJK Pelaksana, telah melahirkan rasa syukur kerana program berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat sedikit masalah terutama berkaitan bekalan air, namun akhirnya dapat diselaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Air Daerah Kunak. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIB

YB NILWAN KABANG WAKIL RAKYAT N51 KUNAK UCAP SELAMAT HARI GURU

Imej
21.05.2009 (Khamis), kira-kira jam 0955 rombongan wakil Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang, Wakil Rakyat N51 Kunak, telah berkunjung ke SMK Kunak Jaya bagi mngucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kunak Jaya. Rombongan YB diketuai oleh Puan Aminah telah menyerahkan kek Hari Guru kepada Penolong Kanan HEM, Pn Gan Siew Lin yang mewakili guru SMK Kunak Jaya. Menurut Pn Jainah dan Pn Aminah, YB Encik Nilwan Kabang tidak dapat hadir sendiri menyampaikan ucapan serta menyerahkan kek Hari Guru tersebut kerana YB pada masa ini berada di Kota Kinabalu atas tugas rasmi sebagai wakil rakyat Kunak. YB berkirim salam kepada semua guru di SMK Kunak Jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama. Bagi pihak warga pendidik SMK Kunak Jaya, terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat semoga perhatian YB terhadap sekolah ini berterusan demi kemajuan dan kecemerlangan warga Kunak secara umum.

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Imej
LAGI SEKITAR HARI GURU 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Sambutan Hari Guru peringkat seolah akan diadakan serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2009. Berbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pada tahun ini Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) dibawah pimpinan PK Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya, Puan Basarah Bt Bakar telah diberi tanggungjawab mengatur perjalanan aktiviti sambutan. Antara acara yang akan dijalankan ialah Acara Sukaneka yang melibatkan semua guru sekolah ini serta aktiviti bertukar hadiah sesama rakan guru. Semoga sambutan pada tahun ini akan meningkatkan lagi komitmen serta motivasi dikalangan guru demi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Selamat Hari Guru. LOGO HARI GURU Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dal

KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009

Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut. Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh M ohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran , Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran ,

KOMPANG DAN FORMASI NEGERI SABAH 2009

07.05.2009 (Khamis), Pertandingan Paluan Dan Formasi Kompang Peringkat Negeris Sabah 2009 telah berlangsung di Padang SMK Kunak Jaya. Sebanyak 2 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah mewakili zon masing-masing telah mempersembahkan paluan dan formasi kompang bermula jam 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan persembahan dari Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau yang mewakili Zon Tenggara, diikuti oleh SK Kem Lokawi, Kota Kinabalu yang mewakili Zon Barat, dan diakhiri oleh persembahan SMK Kunak Jaya, Kunak yang juga mewakili Zon Tenggara Kategori Sekolah Menengah. Kesemua pasukan telah mempersembahkan Paluan dan Formasi Kompang yang baik sehingga menimbulkan saingan sengit terutama bagi kategori Sekolah Menengah. SK Kem Lokawi telah muncul sebagai juara kategori sekolah rendah, manakala SMK Kunak Jaya telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan kategori sekolah menengah selain merangkul hadiah Paluan Terbaik. SM St Michael, Kota Kinabalu pula memenangi hadiah Formasi Terba