PEMBANGUNAN RANCAK

Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010.

Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan.

Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon-calon STPM mengambil peperiksaan tersebut. Menurut Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Harifudin Parakasi, calon-calon SPM pula akan ditempatkan di bangunan blok B yang ada sekarang serta beberapa buah kelas lagi di blok A.

Bangunan projek kilat yang hampir siap pembinaannya.

Satu lagi projek pembangunan yang baru dijalankan dan sedang rancak sekarang ialah pembinaan bangunan Kelas Cabin dibawah seliaan JKR. Bangunan ini juga jika siap akan digunakan sebagai kelas semasa proses baik pulih blok utama sekolah kelak.

Kerja-kerja pembinaan kelas cabin sedang berjalan rancak.

Semoga dengan bermuladan berjalannya projek-projek pembangunan tersebut akan mengikis rasa kebimbangan dikalangan dikalangan pelajar serta ibu bapa terhadap keselamatan dan keselesaan pelajar atau anak-anak mereka.

__________________________________
Badan berbaulah dia ni...! [Klik untuk mengetahui]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI