Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Sukan, sukan juga Akademik jangan lupa...

Imej
19. 01. 2009 - Peperiksaan Excel JPN Sabah sudah bermula. Sebagai pelajar, semua harus dilakukan tanpa mengira penat. Demi masa depan, mahu tidak mahu anda perlu malah wajib melaksanakan segala tanggungjawab anda sebagai pelajar, sama ada dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Dalam mengharungi tanggungjawab ini hendaklah biar diseimbangkan, jangan berat sebelah sehingga mengabaikan yang lain yang juga sama pentingnya.

Sebagai pelajar, banyak yang anda perlu lakukan. Belajar sudah semestinya diletakkan di tangga teratas. Selepas itu bahagikan masa pada yang lain termasuk sukan, riadah, serta aktiviti kokum lainnya. Kena pandai membahagikan masa, kerana kelancaran perjalanan anda kearah kejayaan dalam pendidikan seterusnya mencapai apa yang dicita-citakan sejak mula menjejak kaki ke bangku sekolah rendah lagi, adalah kejayaan anda dalam akademik. Namun tidak bermakna anda boleh mengabaikan aktiviti kokum, kerana itu juga akan membantu anda ke menara gading.

Dan... yang paling penting d…

ACARA MERENTAS DESA SMKKJ 2009

Imej
17. 01. 2009 - Telah diadakan acara sukan Merentas Desa peringkat SMK Kunak Jaya 2009. Turut diadakan acara merentas desa terbuka bagi kategori sekolah menengah daerah Kunak yang disertai olek SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai, bagi memilih wakil daerah ke peringkat Bahagaian Lahad Datu.

Juara kategori terbuka lelaki 1 serta mewakili Rumah sukan WIRA, Faizan Hamudin ketika melewati cekpoint L3 untuk mengutip kad yang ke3. Kelihatan polis trafik sedang mengiringi peserta untuk mengawal lalu lintas terutama di laluan Jalan Kunak - Semporna. Gambar atas adalah kumpulan peserta kategori terbuka sedang bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan.


Para peserta sedang menuruni laluan berbukit di simpang Kg Sungai Atas - Kg. Pangi.

Pasukan Keselamatan PDRM IPD Kunak, Cawangan Trafik awal-awal lagi sudah bersiap sedia di hadapan SMK Kunak Jaya.



Berhimpun di 'Dataran Ilmu' untuk Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.
Urusetia (pelajar), KTBM dan guru-guru, walaupun letih setelah …

Tahun 2009

Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pelajar SMK Kunak Jaya. Semoga pada tahun ini para pelajar dapat meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan masing-masing sesuai dengan misi dan visi sekolah kearah kecemerlangan.

Apa yang menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar sebenarnya tidak lain adalah disiplin diri yang kuat lagi kukuh. Seseorang pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi secara tidak langsung akan menjadikan diri mereka sebagai pelajar yang bermotivasi kearah pendidikan cemerlang. Mereka akan patuh kepada peraturan sekolah yang sudah tentu melibatkan pembelajaran mereka. Apa tidaknya, dengan berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah, mereka tidak terganggu dengan tindakan disiplin serta hukuman yang mungkin terpaksa dihadapi seperti gantung sekolah atau buang sekolah.

Semoga tahun 2009 ini akan menjadikan semua pelajar lebih komited terhadap peranan masing-masing serta berusaha meningkatkan prestasi masing-masing dalam semua aspek sebagai pelajar SMK Kunak …