Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

RIMUP

Imej
10.11.2008- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2008 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kunak telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Encik Asiz Ahmad, yang mewakili Pegawai Pelajaran Kunak, di SMK Kunak Jaya. Berbagai acara telah diadakan yang menggabungkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kunak iaitu SMK Kunak Jaya selaku tuan rumah, SMK Kunak dan SMK Madai.

Encik Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua SMK Kunak Jaya)
semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.


RIMUP telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan mengeratkan integrasi antara kaum dikalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2007, RIMUP daerah Kunak telah dilaksanakan dengan mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang-orang Tua Tawau. Manakala pada tahun ini, aktiviti sukaneka telah dipilih sebagai pengisian RIMUP 2008.

Encik Asiz Ahmad, mewakili PPD semasa myampaikan ucapan perasmian RIMUP 2008.


Acara telah dimulakan dengan senam robik di Dataran Ilmu SMK Kunak Jaya da…

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2008

Imej
06.11.2008 - SMK Kunak Jaya sekali lagi berjaya melaksanakan satu program peringkat sekolah khusus meraikan kejayaan pelajar SMK Kunak Jaya. Menurut pengarah program, Cikgu Abd Mulok Abd Sani, program anugerah ini dilaksanakan sebagai program tahunan yang menganugerahkan anugerah kecemerlangan dari segi Kurikulum, Kokurikulum serta Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan.

Pengetua SMK Kunak Jaya semasa merasmikan Program Anugerah Pelajar 2008

En Abd Mulok Abd Sani selaku Pengarah Program, duduk di hadapan berbaju batik biru, bersama PK Kokum dan PK 1. Di belakang ialah barisan guru-guru dan pelajar SMK Kunak Jaya.

____________________________

JENAKA SEMUT MERAH
Suatu Ketika Tahun 1888 Di White House, Amerika
Brake Ubemy: Oh, berani engkau sekeh kepala kami. Mentang-mentanglah kulit kami ni hitam. Baik buruk manusia bukan pada warna kulit tau.Suatu Ketika Tahun 2008 Di Black House, Amerika
James Bushe: Tolonglah jangan sekeh kami. Kami ni kulit saja yang putih tapi hati kami hitam.Sumber EraTi…