Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.