KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua.

Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses pembaikan tersebut dapat dilakukan secepat mungkin agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan selesa. Juga diharapkan agar kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembaikan tersebut melaksanakan projek dengan sebaiknya serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan agar masalah tersebut tidak berulang.

Kepada semua warga SMK Kunak Jaya, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa, semoga lebih tabah menghadapi segala dugaan. Di ruangan 'CERAMAH AGAMA', ada saya masukkan ceramah berkaitan Ramadhan dan Puasa. Jadi kepada yang beragama Islam silalah dengarkan ceramah tersebut semoga dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan ketaqwaan kita, insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI