PERKHEMAHAN PERDANA 2009

TEMA : "SATU SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Perkhemahan Perdana 2009 yang merupakan program tahunan SMK Kunak Jaya, telah berakhir setelah berlangsung selama 3 hari bermula 27hb Mei sehingga 29hb Mei 2009. Pada tahun ini sebanyak 6 pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM).

Pengarah program pada tahun ini ialah Cikgu Abdul Ghani Abd Rahman dibantu oleh Cikgu Abd Mulok Abdullah Sani selaku Timbalan Pengarah serta guru-guru SMK Kunak Jaya sebagai AJK Pelaksana, telah melahirkan rasa syukur kerana program berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat sedikit masalah terutama berkaitan bekalan air, namun akhirnya dapat diselaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Air Daerah Kunak.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kunak Jaya, Encik Sahing Taking. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMK Kunak Jaya bagi pihak ibubapa khususnya kepada guru-guru yang sentiasa berusaha memajukan anak-anak mereka dalam apa jua bidang. Turut hadir mantan YDP PIBG Tuan Hj Pileh Tahir serta Ketua Balai Bomba Daerah Kunak, YS James J.

Cikgu Hamzah Abd Wahid (PK Kokum) yang mewakili pihak pentadbiran sekolah semasa ucapan aluannya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG yang memberi sumbangan kewangan kepada perogram ini serta pihak BOMBA Kunak yang banyak memberikan bantuan kepada pihak sekolah.



Pada tahun ini Pengakap telah muncul sebagai juara keseluruhan apabila menjadi johan bagi acara Ikatan, Masakan, Malam Kebudayaan, Khemah dan Gajet, Berbalas Pantun, Ikhtiar Hidup dan Lumba Perahu Naga. BOMBA muncul sebagai naib juara keseluruhan dengan mengungguli acara Larian Komando, Reka Cipta, Sukaneka serta Pakaian Beragam, manakala PPIM menduduki tempat ketiga keseluruhan dan menjadi johan acara Kawat Statik serta Koir. PBSM yang menjadi johan acara Pertolongan Cemas menduduki tempat ke empat keseluruhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI