Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

BANTUAN RM500 -Muat turun borang

Bagi sesiapa yang mencari borang ini, bolehlah muat turun di sini:
Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (depan)
Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (belakang)
Sumber : abgteror
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500 Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; danWarga emas sebatang karaKetua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.BORANG PENDAFTARAN/ PERMOHONAN BANTUAN RM500Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Has…

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2012 - One Stop Malaysia

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUNAK UNTUK SMK KUNAK JAYA.

Imej
30 Julai 2011, bertempat di SMK Madai, Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kunak 2011 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud.
Majlis yang diserikan dengan persembahan dua buah tarian dari pelajar dan guru SMK Kunak Jaya ini seakan menjadi majlis yang dibintangi oleh warga SMK Kunak Jaya. Mana tidaknya, dari pengurusan pentas, persembahan, montaj, sambutan (kompang) sehingga kepada penerima anugerah, ada sahaja kalibat warga SMK Kunak Jaya. Tahniah kepada warga SMK Kunak Jaya.
Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah telah mengetuai senarai penerima Anugerah bagi pihak SMK Kunak Jaya apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik daripada Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Selain itu, SMK Kunak Jaya juga menerima anugerah: 01. Anugerah Lonjakan Saujana SPM 02. Anugerah Prestasi Terbaik SPM 2010 03. Anugerah …

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Imej
Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa.
Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah …

HARI KECEMERLANGAN 2011

Imej
16 Julai 2011, Sabtu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Kunak Jaya 2011, telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Encik Zamri Pehakan. Bertempat di Dewan Serbaguna SMK Kunak Jaya, dengan motto 'CEMERLANG DAN SENTIASA KE HADAPAN', majlis berjalan lancar.

PERISTIWA BERGAMBAR SEM 1 2011 SMK Kunak Jaya

SEKITAR : MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU SMK KUNAK JAYA TAHUN 2011-2012


SEKITAR :KEM REMAJA ISLAM SEKOLAH (KRIS)

JUARA KESELURUHAN SUKAN DAERAH...JUARA LAGI

Imej
Buat pertama kalinya, SMK Kunak Jaya telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan Sukan MSS Daerah Kunak dalam kejohan yang berlangsung di SMK Madai bermula 07hb Mac 2011 dan berakhir pada 10hb Mac 2011. Dengan memperolehi 30 emas, SMK Kunak Jaya berjaya mengenepikan SMK Kunak selaku juara bertahan ke tempat ke dua serta meninggalkan SMK Madai ke tempat ke tiga.

Selain itu dua atlet dari SMK Kunak Jaya juga telah dinobatkan sebagai olahragawan kategori bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Mereka ialah pelajar Handih dan Mohd Saiezman. Manakala Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya telah menjadi Juara Perbarisan sempena kejohanan tersebut kategori Unit Beruniform. Ini menjadikan SMK Kunak Jaya menjulang namanya sebagai juara berganda. Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan guru-guru SMK Kunak Jaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga kepada ahli PBSM SMK Kunak Jaya yang telah menjalankan tugas sebagai Unit Kecemasan de…

JUARA BILIK SUMBER PPDa

Imej
Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya.
Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa.
Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua.
Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak.
Bilik UBK
Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu Mohd.…

KETUA PELAJAR 2009/2010 PELAJAR TERBAIK STPM

Imej
Ramis Hamadul, Ketua Pengawas (Ketua Pelajar) SMK Kunak Jaya Sesi 2009/2010 merupakan pelajar terbaik STPM 2010 bagi SMK Kunak Jaya. Beliau yang memperolehi 4A (PNGK 3.92 dengan 3A dan 1A-), melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak sekolah terutama semua guru yang banyak memberi galakan dan tunjuk ajar kepada beliau. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam semua bidang, Ramis dapat mengharungi semuanya dengan penuh komitmen.
Selain Ramis, beberapa orang Pengawas 2009-2010 juga mencatatkan keputusan cemerlang, antaranya Darma Saparudin-Setiausaha (2A,2B), Datu Awaluddin Datu Kamaruddin-AJK (3A,1B), Sarinah Abirin-Timbalan Ketua Pengawas (2A,2B), Siti Sabariah Jamaluddin-AJK (3A,1B), Norazizah Lapawi-AJK (3B,1C), Murina Abd Rakman-AJK (2A,2B), Laowama Yrilis (1A,2B,1C), Nahtasha Jain (4B), Nurul Sukma Mohd Saat (1A,3B), dan Suraidah Mohd Sadim (1B, 3C). Tahniah diucapkan kerana sekali lagi Badan Disiplin sekolah membuktikan disiplin yang baik akan menjadi pemangkin kepada k…

SUKAN TAHUNAN KE 18, SMK KUNAK JAYA

Imej
Peristiwa bergambar sepanjang Acara Saringan dan Akhir Sukan Tahunan ke 18 Tahun2011
Sekitar hari kemuncak Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya ke 18

Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya turut menjayakan Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya. Leftenan Kolonel (RELA) Rosmi Bin Saad, Pegawai RELA Kunak merasmikan Penutupan Sukan Tahunan. Kelihatan dalam gambar LT Kol. Rosmi bergambar bersama Pengetua, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah dan ahli Briged Muda RELA SMKKJ.

MINI MARATON

Imej
Peserta Perempuan Dilepaskan .
SMKKJ dengan bangganya menganjurkan sekali lagi MINI MARATON peringkat sekolah dan daerah Kunak. Sepanjang berlangsungnya acara larian tersebut, cuaca menyebelahi kami. Awal pagi mendung dan redup, berakhir dengan pancaran matahari yang tidak begitu terik semasa acara penyampaian hadiah kepada pemenang.Peserta Lelaki sedia untuk dilepaskan.
Lagi gambar sekitar mini maraton SMK Kunak Jaya pada 21.01.2011

SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI

Imej
2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik.
Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasiln…

Kembali Ke Sekolah

2010 baru saja kita tinggalkan, kini masuk tahun 2011 yang pastinya menjanjikan seribu satu macam peristiwa. Kepada pelajar dan semua warga SMKKJ, selamat kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan 2011.

Januari yang sibuk, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada bulan inilah pendaftaran pelajar untuk naik ke tingkatan seterusnya berlangsung, penyusunan kelas, kurikulum, ko kurikulum serta mesyuarat staff, panitia, bidang dan seumpamanya. Begitu sibuk sehingga kadang-kadang ada kalangan pelajar mahupun guru yang tidak menang tangan. Apapun yang paling penting adalah P&P harus berjalan bermula hari persekolah dibuka. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dua orang pemantau dari PPD Kunak sempat datang ke SMKKJ untuk melihat sendiri perjalanan P&P.

Tahun ini adalah diharapkan semua warga SMKKJ lebih bersedia dan lebih komited terhadap tugas masing-masing, baik pelajar mahupun kakitangan pengajar dan bukan pengajar. Semoga SMK Kunak Jaya pada tahun ini lebih berjaya dari…