SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM.

Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan.

Selain itu beliau juga mengingatkan semua warga SMK Kunak Jaya agar terus mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga kebersihan diri kerana gelombang wabak pendemik H1N1 dijangka akan melanda. Begitu juga berkaitan cuaca yang berjerebu, mereka diingatkan agar tidak terlalu lama berada di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kesan negatif yang tentunya akan mengganggu pembelajaran pelajar.

Berkaitan disiplin pula, seperti biasa apabila selepas cuti sekolah, beberapa orang pelajar 'terlupa' akan peraturan sekolah seterusnya melanggarnya. Antaranya ialah lewat, rambut panjang, membawa telefon bimbit dan sebagainya. Walau bagaimanapun menurut Pn. Gan Siew Lin, disiplin sekolah ini berada pada tahap yang baik dan terkawal. Semoga apa yang diperkatakan beliau itu akan sentiasa berterusan. Kerana disiplin yang baik dikalangan pelajar akan menjadi teras kepada kejayaan mereka juga dibidang akademik.

Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini, mereka akan mengambil peperiksaan tersebut di SMK Kunak. Ini menurut pengetua adalah kerana demi keselesaan pelajar berkaitan memandangkan bangunan sekolah yang akan dibaiki. Pada masa tersebut, guru sekolah ini akan bertugas di SMK Kunak bagi membantu pelajar SMKKJ di sana. Guru-guru akan bertugas mengikut jadual yang akan disediakan pihak pentadbiran sekolah. Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua calon sekolah ini dan didoakan semoga sukses dan mendapat kejayaan cemerlang. Insya Allah.


Kalau nak duit raya klik gambar ini.

Akhir sekali, selamat datang kembali kesekolah kepada semua warga SMKKJ dan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI