Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

PEMBANGUNAN RANCAK

Imej
Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan. Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon