PELUANG PEKERJAAN DLM SEKTOR KELAPA SAWIT

08.04.2009 , Rabu, telah berlangsung majlis ceramah kerjaya Anjuran Perpustakaan Negeri Sabah dengan kerjasama POIC (Palm Oil Industrial Cluster), MPOB Malaysian Palm Oil Board) dan IOI Corporation Berhad di Dewan SMK Kunak Jaya. Majlis dipengerusikan oleh pelajar Andi Arfahaini Andi Arnis, pelajar tingkatan 5 Sains yang juga seorang pengawas sekolah.

Pengetua, Encik Noor Aslam Mano Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya berkata bahawa pelajar sekolah ini bertuah kerana terpilih untuk mendengar serta menimba ilmu melaluinya. Beliau berharap agar para pelajar mengambil kesempatan ini sebaik mungkin.

Antara penceramah yang hadir ialah Encik Clarence Binayu dari POIC yang menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk 'POIC Lahad Datu & Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Industri Kelapa Sawit'. Turut menyampaikan ceramah Encik Hardiansa Bin Hatta dari IOI Corporation Berhad, Encik Jesse Quiban dari MPOB serta Encik CC Fung, Media Consultant POIC Sabah Sdn Bhd. Majlis ceramah tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Layari Website :
POIC MPOB IOI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI