BADAN PENGAWAS BUKTI KEUNGGULAN

Pelajar terbaik STPM 2008 Amir Paisal. Mohd Farid Lamza serta Marhaina Limin bergambar bersama Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dan PK1, Cikgu Harifudin Parakasi.

11.03.2009- Keputusan STPM 2008 baru sahaja diumumkan. Keputusan kali ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus iaitu 97.9% yang disifatkan oleh PK1 Cikgu Harifudin Parakasi sebagai telah kembali kelandasan asal. Ini kerana menurut beliau, SMKKJ sebelum 2007 telah mencatatkan peningkatan peratusan setiap tahun, kecuali pada tahun 2007 telah mencatatkan sedikit penurunan. Keputusan STPM 2008 juga memperlihatkan pencapaian GPS sebanyak 2.54.

Antara pelajar Tingkatan 6 tahun 2008 bergambar bersama guru-guru SMKKJ selepas menerima keputusan masing-masing.

Antara pelajar yang mencatatkan keputusan terbaik ialah Amir Bin Paisal dengan 4A (terbaik di Daerah Kunak), Marhaina Bt. Limin, 3A 1B dan Mohd Farid Bin Lamza 3A 1B. Ketiga-tiga pelajar tersebut merupakan Pengawas Disiplin Sekolah. Marhaina adalah merupakan Ketua Pengawas/Ketua Pelajar bagi sesi 2007-2008, selain ketiga-tiga pelajar bergiat aktif dalam kegiatan Kokurikulum. Amir pernah mewakili Bahagian Lahad Datu kepertandingan kawat kaki peringkat negeri Sabah. Manakala Mohd Farid dan Marhaina giat dalam aktiviti teater dan sukan.

Pencapaian ketiga-tiga pelajar tersebut membuktikan bahawa memikul tanggungjawab di sekolah bukan penghalang ke arah kecemerlangan. Juga membuktikan bahawa disiplin yang tinggi membantu manjadikan seseorang pelajar itu lebih dedikasi terhadap pelajaran dan tugasan sekolah mereka.


Mohd. Farid Lamza, Amir Paisal dan Marhaina Limin menunjukkan keputusan masing-masing.

Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas 2008 yang berjaya menaikkan nama sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI