Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

RIMUP

Imej
10.11.2008- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2008 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kunak telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Encik Asiz Ahmad, yang mewakili Pegawai Pelajaran Kunak, di SMK Kunak Jaya. Berbagai acara telah diadakan yang menggabungkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kunak iaitu SMK Kunak Jaya selaku tuan rumah, SMK Kunak dan SMK Madai. Encik Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua SMK Kunak Jaya) semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya. RIMUP telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan mengeratkan integrasi antara kaum dikalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2007, RIMUP daerah Kunak telah dilaksanakan dengan mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang-orang Tua Tawau. Manakala pada tahun ini, aktiviti sukaneka telah dipilih sebagai pengisian RIMUP 2008. Encik Asiz Ahmad, mewakili PPD semasa myampaikan ucapan perasmian RIMUP 2008. Acara telah dimulakan dengan senam robik di Dataran Ilmu SMK Kunak Ja

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2008

Imej
06.11.2008 - SMK Kunak Jaya sekali lagi berjaya melaksanakan satu program peringkat sekolah khusus meraikan kejayaan pelajar SMK Kunak Jaya. Menurut pengarah program, Cikgu Abd Mulok Abd Sani, program anugerah ini dilaksanakan sebagai program tahunan yang menganugerahkan anugerah kecemerlangan dari segi Kurikulum, Kokurikulum serta Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan. Pengetua SMK Kunak Jaya semasa merasmikan Program Anugerah Pelajar 2008 En Abd Mulok Abd Sani selaku Pengarah Program, duduk di hadapan berbaju batik biru, bersama PK Kokum dan PK 1. Di belakang ialah barisan guru-guru dan pelajar SMK Kunak Jaya. ____________________________ JENAKA SEMUT MERAH Suatu Ketika Tahun 1888 Di White House, Amerika Brake Ubemy: Oh, berani engkau sekeh kepala kami. Mentang-mentanglah kulit kami ni hitam. Baik buruk manusia bukan pada warna kulit tau. Suatu Ketika Tahun 2008 Di Black House, Amerika James Bushe: Tolonglah jangan sekeh kami. Kami ni kulit saja yang putih tapi hati kami hitam. S

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.

PERKHEMAHAN PERDANA SMKKJ 2008

Imej
Perkhemahan Perdana SMK Kunak Jaya 2008 telah berjaya dilaksanakan dari 23 Mei hingga 26 Mei 2008 melibatkan lebih 250 orang pelajar dengan enam buah pasukan unit beruniform. Peserta pada tahun ini adalah diberi keutamaan kepada pelajar dari Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima, walau bagai mana pun, pelajar dari tingkatan lain juga diberi peluang sekiranya diperlukan untuk mencukupkan ahli pasukan. Unit beruniform yang terlibat ialah Pesukan Pengakap SMKKJ, Kadet Bomba dan Penyelamat SMKKJ, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKKJ (PBSM), Kadet Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia SMKKJ (PPIM). Berbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan, antaranya senam robik yang dikelolakan oleh jurulatih profesional dari Persatuan Senam Robik Kebangsaan, Kawat Kaki, Reka Cipta, Khemah, Memasak, Jejak Maklumat, Larian Komando, Persembahan Malam Perdana, Ikhtiar Hidup, Rawatan Kecemasan, Pidato dan banyak lagi. Pasukan Pengakap telah muncul sebagai

SELANGKAH KE MENARA GADING

Imej
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini telah membawa SMK Kunak Jaya khususnya pelajar yang terlibat seramai 40 orang melawat kampus UMS. Pelajar yang terlibat akan menginap di kampus UMS sambil melakukan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak universiti. Menurut Cik Rashida Abd Rahim, Kaunselor Sekolah SMKKJ, rombongan tersebut turut disertai oleh 2 orang guru pengiring dari SMKKJ, Cikgu Samsiah dan Cikgu Latifah akan berada di UMS sehingga 25 Mei 2008. Sebenarnya program Selangkah ke Menara Gading ini adalah merupakan suatu program yang telah dirancang dan SMKKJ telah mendapat jemputan secara rasmi yang di nyatakan sendiri oleh Timbalan Naib Censelor UMS semasa melakukan lawatan ke SMKKJ pada bulan Mac 2008 yang lalu. Guru pengiring memerhatikan pelajar menaiki bas express yang disewa khas untuk mengangkut pelajar ke UMS pada 23 Mei 2008 seawal jam 6.30 pagi.

(KADET BOMBA) SMKKJ berJAYA LAGI!

Imej
Memburu Kejayaan : En Hamzah Abd Wahid (PK Kokum), Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, En Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua), Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan En Harifudin Parakasi (PK Pentadbiran). SMK Kunak Jaya terus mencapai kejayaan apabila 7 orang ahli Pasukan Kadet Bombanya yang mewakili Gabungan Lahad Datu dalam Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 27 April 2008 sehingga 1 Mei 2008, telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Menurut Guru Penasihat Kadet Bomba SMKKJ selaku guru pengiring, Encik Kamal Pajakai, ketujuh-tujuh pelajar SMKKJ tersebut telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kabangsaan di Kuala Kangsar, Perak pada 8 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008. Kadet Bomba SMKKJ juga menurut beliau baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun ini, dan penyertaan ahlinya dalam pertandingan Kawat Kaki adalah penyertaan sulung dan telah berjaya menempah ke

Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Gabungan Lahad Datu

Imej
14 May 2008, Rabu, SMKKJ sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya mengelolakan Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Daerah Gabungan Lahad Datu. Sebagai sebuah sekolah yang masih serba kekurangan terutama kemudahan dewan, SMKKJ ternyata masih mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ini adalah hasil dari komitmen yang ditunjukkan oleh semua warganya. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Teater SMKKJ telah muncul sebagai Johan dengan tajuk teater "Puteri Hang Li Po" , seterusnya akan mewakili Gabungan Lahad Datu ke Pertandingan Teater Peringkat Negeri Sabah, Jun akan datang. Tempat Kedua disandang oleh SMK Madai, manakala tempat Ketiga jatuh kepada SMK Bukit Garam II. Selain muncul sebagai Johan Keseluruhan, SMKKJ juga telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik (Dt. Awaluddin Dt. Kamaruddin) dan Anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik (Murinah Abdul Rakman). SMK Madai pula menerima Anugerah Pelakon Utama Lelaki (Watak Matahari) dan Pelakon Pembantu Wanita (Watak

MATEMATIK OH MATEMATIK

Imej
Operasi pendaraban 2 matriks. (Multiplication Of Two Matrices) Rama i pelajar yang merasa keliru untuk melakukan pendaraban dua matriks. Seperti yang diketahui bahawa matriks mengandungi unsur yang dikenali setiap satunya berdasarkan kedudukan unsur tersebut. Misalnya: a ialah unsur a11 (disebut unsur satu-satu), kerana a adalah unsur matriks A pada baris satu lajur satu. b ialah unsur a 12 (disebut unsur satu-dua), kerana b adalah unsur matriks A pada baris satu lajur dua. c ialah unsur a21 (disebut unsur dua-satu), kerana c adalah unsur matriks A pada baris dua lajur satu. d ialah unsur a22 (disebut unsur dua-dua) kerana d adalah unsur matriks A pada baris dua lajur dua. Pendaraban dua matriks adalah merupakan hasil tambah bagi hasil darab unsur satu-satu matriks pertama dengan unsur satu-satu matriks kedua dan unsur satu-dua matriks pertama dengan unsur dua-satu matriks kedua. Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar boleh menyusun dua matriks yang didarabkan s

TAHUKAH ANDA?

CANCEROUS FOODS / PRODUCTS INSTANT NOODLES Dear instant noodle lovers, Make sure you break for at least 3 days after one session of instant noodles before you eat your next packet! Please read the info shared to me by a doctor. My family stopped eating instant noodles more than 5 years ago after hearing about the wax coating the noodles - the wax is not just in the Styrofoam containers but it coats the noodles. This is why the instant noodles do not stick to each other when cooking. If one were to examine the ordinary Chinese yellow noodles in the market, one will notice that, in their uncooked state the noodles are oily. This layer of oil prevents the noodles from sticking together. Wanton noodles in their uncooked state have been dusted with flour to prevent them sticking together. When the hawker cooks the noodles, notice he cooks them in hot water and then rinses them in cold water before cooking them in hot water again. This process is repeated several times before the noodles ar
Imej
KONTINJEN SMKKJ KE MSSN DAERAH GABUNGAN LAHAD DATU
Imej
m PBSM SENTIASA BERSEDIA MEMBERI RAWATAN JIKA DIPERLUKAN. OTAI SUKAN TAHUNAN 2008

SEKITAR SUKAN TAHUNAN KE 17 TAHUN 2008

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya baru sahaja berakhir. Sejak minggu ke dua persekolahan 2008 dibuka, aktiviti sukan mula dirasakan. Beberapa acara telah dilangsungkan antaranya, Larian Merentas Desa, Sukan Tara, Acara Saringan dan Hari Kemuncak Sukan pada 30.01.2008 yang baru lalu. Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar. (Gambar kanan) Barisan guru SMKKJ menyaksikan upacara penyampaian hadiah selepas acara Merentas Desa. (Gambar bawah) Guru SMKKJ dengan baju berwarna oren berteduh dari terik panas matahari, bertindak sebagai pegawai pelepas, pencatat masa dan mencatat pemenang. Antara Guru-guru di SMK Kunak Jaya bertungkus lumus menjayakan sukan sekolah 2008. Kemuncak sukan tahunan 2008 turut disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Md Asri Bin Hj. Alian selaku Pegawai Perasmi tamasya sukan tersebut. Ibu bapa juga turut hadir menyaksikan anak-anak mereka bertanding. Kelihatan dalam gambar duduk dari kanan En. Hamzah Abd Wahid(PK Kokum), En. Harifudin Par

Pekan Kunak seawal jam 6 pagi.

Imej
Pekan Kunak adalah sebuah pekan kecil di Pantai Timur Sabah. Terletak dipertengahan antara Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Pekan Kunak merupakan tempat persinggahan bagi penduduk dari ketiga-tiga daerah tersebut semasa berulang alik. Gambar menunjukkan sebahagian dari bangunan yang terdapat di pekan ini. Terjolok dengan panggilan bangunan Milimewa kerana terdapat pasar raya Milimewa Superstore seperti yang terlihat di dalam gambar. Gambar ini di ambil ketika acara Merentas Desa berlangsung, yang juga merupakan laluan pelari serta jalan menuju ke SMK Kunak Jaya.