SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH KUNAK

Pada malam 3hb Julai 2009 telah berlangsung Malam Sejambak Budi (majlis makan malam sempena hari guru) di Dewan SMK Kunak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Nilwan Bin Kabng, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) N 51 Kunak. Berbagai acara telah dijalankan termasuk penyampaian sijil anugerah kecemerlangan. SMK Kunak Jaya turut menerima dua anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Bilik Boss terbaik kategori sekolah menengah.

Manakala pada 4hb Julai 2009, iaitu keesokan harinya berlangsung pula acara Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak di SMK Madai. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang juga merupakan Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semasa majlis tersebut YB telah meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk mendirikan pusat rekreasi guru-guru daerah Kunak.


SMK Kunak Jaya turut menerima anugerah tertinggi akademik iaitu Pencapaian Terbaik STPM serta Lonjkan Saujana STPM 2008. Penolong Kanan Pentadbiran Encik Harifudin Parakasi dan Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah masing-masing telah naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Tahniah SMK Kunak Jaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI