Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'. Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal