MESYUARAT TERGEMPAR PIBG SMKKJ

Hari ini 18.07.2009 (Sabtu), satu mesyuarat tergempar yang memperlihatkan kehadiran ibu bapa paling ramai menghadiri mesyuarat PIBG SMK Kunak Jaya sejak 5 tahun yang lalu. Dianggarkan lebih 300 orang ibu bapa yang hadir bagi membincangkan masalah yang timbul akibat kerosakan bangunan sekolah.

Mesyuarat dimulakan pada jam 8.20 pagi dengan dipengerusikan sendiri oleh YDP PIBGSMKKJ, En. Sahing Taking.


Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kelas agar proses Pengajaran dan Pembelajaran terus berjalan demi kebaikan pelajar. Antara cadangan yang diterima ialah menempatkan pelajar sidang petang di SK Kg Selamat, salah sebuah sekolah yang paling hampir dengan SMK Kunak Jaya, meneruskan 'kelas sementara' di sekitar sekolah serta membina bangunan projek kilat dengan memohon bantuan dari YB Ahli Dewan Rakyat, Tuan Hj Salleh Kalbi dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri, En Nilwan Kabang.

Pengetua dalam ucapannya memeberitahu hadirin bahawa YB Nilawan Kabang telah datang ke SMK Kunak Jaya sebaik sahaja mengetahui keadaan sekolah seterusnya menyatakan kebimbangan beliau melihat keadaan tersebut. YB Nilwan Kabang juga berjanji akan memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi pihak sekolah.

Pada akhir mesyuarat, ibu bapa telah tampil menghulurkan sumbangan bagi membina beberapa dinding mudah alih yang akan digunakan bagi membahagikan ruang di dalam dewan yang akan menempatkan beberapa kelas sementara. Hasil sumbangan ibu bapa tersebut berjaya mengumpulkan wang sejumlah RM1635.00. Semoga niat dan sumbangan ikhlas ibu bapa tersebut akan meningkatkan lagi motivasi pelajar seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subahanahu Wataala, amin.

Selepas mesyuarat berakhir, ibu bapa seterusnya menghadiri perjumpaan bersama guru-guru kelas untuk majlis menandatangani buku rekod kemajuan pelajar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI