Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari raya Aidil Adha hari yang ketiga. Warga SMK Kunak Jaya telah menyempunakan ibadah Kurban yang disumbangkan oleh seorang dermawan yang juga merupakan bapa kepada pelajar di sekolah ini, En. Pirmang Udin. Beberapa orang guru, pelajar, kakitangan bukan mengajar serta bekas pelajar SMK Kunak Jaya telah meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Tepat jam 8.30 pagi, lembu yang di simpan sejak 25.11.2009 telah selamat dikurbankan. Daging lembu yang dikurbankan telah diagih-agihkan kepada warga SMK Kunak Jaya yang hadir serta penduduk kampong yang berdekatan. Semoga sumbangan kurban ini akan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki lagi dari Allah Subahanahu Wata'ala. ____________________________________ UBAT BADAN BERBAU (klik)

SPM DAN STPM 2009

Seperti diketahui ramai, bangunan SMKKJ mengalami kerosakan dan perlu dibaiki segera. Namun tindakan segera pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib, maka alhamdulillah, calon-calon SPM dan STPM dapat mengambil peperiksan penting itu di bangunan projek kilat yang siap sebelum peperiksaan bermula. Bangunan yang dibuat adalah separuh konkrit cukup selesa untuk diduduki walaupun mungkin ada terdapat sedikit kelemahan terutama bau cat yang masih dapat dihidu kerana baru. Namun bagi warga SMKKJ terutamanya calon SPM dan STPM, tetap bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan tersebut di SMKKJ.

Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Imej
Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin). Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu. Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2