P&P HARUS DITERUSKAN
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang diterima bahawa keselamatan menggunakan bangunan SMKKJ adalah terjamin sejak laporan pihak sekolah dibuat pada 01.07.2009 dari mana-mana pihak. Namun yang menjadi sandaran adalah surat pengesahan selamat digunakan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada 2008 selepas jurutera JKR melihat keretakan yang berlaku pada tahun tersebut. Juga mungkin boleh disebutkan jaminan secara lisan yang diungkapkan oleh pegawai JKR Daerah yang melawat sekolah sejurus diberitahu tentang beberapa kejadian serpihan simen jatuh ke lantai baru-baru ini, "Masih selamat, tidak perlu bimbanglah, jangan buat mereka (pelajar) panik, hanya kalau ada melihat serpihan yang mahu jatuh, kasi jatuh samasekali, jangan kena pelajar", begitu ungkapan serta pesan beliau bila ditanya tentang keadaan bangunan.
Berpegang dengan kata-kata serta surat bertarikh 2008 itulah maka pihak sekolah masih terus membuka sekolah ini. Namun dalam sedikit keyakinan tentang jaminan keselamatan yang diberikan, pihak sekolah masih menyaksikan beberapa keretakan yang baru. Tak tahulah pula sama ada itu merupakan keretakan yang sudah lama berlaku atau mungkin sememang nya benar-benar baru, kerana beberapa keretakan yang ditemui (baru) itu adalah hasil penelitian pelajar yang menghuni kelas masing-masing. Mereka yakin bahawa itu adalah keretakan yang baru, atau keretakan yang semakin bertambah luas saiznya.
Sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga keselamatan pelajar, guru-guru berada dalam situasi yang terhimpit samada terus menggunakan bangunan sekolah atau tidak.
"Cikgu...kami sanggup belajar diluar kelas, yang penting selamat", begitu bunyi keluhan dari beberapa orang pelajar. Memikirkan keselamatan pelajar serta tanggungjawab juga tanggapan ibubapa kelak sekiranya berlaku sesuatu, maka pihak guru-guru akur dengan rayuan para pelajar agar P&P dijalankan diluar bilik darjah. Lalu beberapa 'pondok' yang berada disekitar sekolah menjadi 'bilik darjah' alternatif, antaranya Anjung Ilmu, Pondok PIBG, Kantin, Dewan terbuka, Astaka dan beberapa pondok berteduh yang lain.
"Cikgu...Stadium yang runtuh tu ada bagi amarankah cikgu?",
"Cikgu...Pasaraya di Taiwan yang ranap itu ada bagi amarankah cikgu?"
Begitu soalan yang bernah terdengar ditelinga saya yang ketika itu lalu dihadapan kelas tingkatan 6. Saya menoleh ke dalam kelas untuk mencari datangnya soalan tersebut. Tapi saya tidak dapat kenal pasti. Lalu saya kembali memikirkan soalan tersebut, tapi mengambil keputusan untuk tidak menjawab dan meneruskan perjalanan saya. Tapi dalam benak saya, saya memikirkan mungkin akan memberi jawapan begini,
'Masa berlaku GEGARAN sejurus sebelum runtuh tu, mungkin adalah kot amarannya.' atau
'Mungkin tanda-tanda awal yang ditunjukkan sebelum berlakunya keruntuhan itu lebih teruk dari apa yang berlaku dibangunan sekolah kita ini, sebab itu jaminan keselamatan masih diberi kepada kita.'
Apa pun semoga tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Dan sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik beringat sebelum kena. Apa yang jelas bahawa setiap orang atau individu baik dari pihak ibubapa mahupun dari pihak Jabatan Pelajaran Daerah yang datang melihat keadaan sekolah, tidak terkecuali mengucapkan kata-kata, "Bahaya bah ini sudah...".

Tahniah..kerana bertindak cepat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini.."Ini suatu bukti yg menunjukan pihak yg bertangging jawab dlm memantau/menyelia projek yg dilaksanakan tidak melakukan tugas dengan baik..
BalasPadam