PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR
17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'.
Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi ini memberi gambaran bagaimana sbenarnya pilihan raya umum dilaksanakan, iaitu mereka yang tidak mendaftar undi tidak layak untuk mengundi.
Selepas mendapat pengesahan sebagai pengundi, pelajar diberi kertas undi yang tercatat nama calon serta petak untuk memangkah undi. Selesai pengundian, maka proses mengira undi dilakukan dengan disaksikan wakil dari tiga calon. Dalam proses pengiraan undi, terdapat undi rosak apabila pelajar yang mengundi telah memangkah ketiga-tiga calon.
Proses pengiraan undi dijalankan sebaik pengundian berakhir setiap sesi. Setelah semua undi dikira dan dijumlahkan dengan hasil undi secara online, Ramis Hamadul menang dengan majoriti besar seterusnya dilantik sebagai Ketua Pelajar yang baru bagi sesi 2009/2010, manakala Sarinah Abirin yang mendapat undi kedua terbanyak dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas dan Darma Saparuddin sebagai Setiausaha Badan Pengawas.
Saya sebagai Ketua Pelajar/Ketua Pengawas dan wakil pelajar SMK DATU PADUKA MAT SALLEH,RANAU ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Ramis Hamadul kerana berjaya menjadi Ketua Pelajar/Ketua Pengawas SMK KUNAK JAYA.Semoga kita berjaya dalam kepimpinan kita.
BalasPadam