Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

SIMPTON DAN CARA MENCEGAH SELSEMA BABI (H1N1)

Imej
Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Virus H1N1 [Klik gambar untuk saiz besar]

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit bad…

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2009

Imej
Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 0230 petang Jumaat 19.06.2009, para peserta Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya telah berkumpul dan memulakan aktiviti yang dijadualkan. Kem ini disertai kalangan Pengawas Disiplin Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas berlangsung selama 3 hari 2 malam, iaitu sehingga 21.06.2009. Pada kali ini kem kepimpinan ini diadakan lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya atas beberapa sebab dan kekangan.Apapun syukur, alhamdulillah kem ini akhirnya dapat dijalankan walaupun beberapa kali ditunda.

Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Voon Jenh Khiong serta semua guru displin dan guru kelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apa diharapkan, selepas menyertai kem ini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dari pengisian program dalam kehidupan seharian khususnya diwaktu-waktu persekolahan. Sebagai Pengawas, Ketua Kelas ataupun Penolong Ketua Kelas, mer…

Cuti-Cuti Malaysia

Imej
Pada 4hb Jun 2009 yang lalu saya ke Kota Kinabalu atas urusan keluarga. Kebetulan semasa melawat Muzium Negeri Sabah, saya bertembung dengan kumpulan pelajar SMKKJ bersama beberapa orang guru dalam sesi lawatan mereka. Mereka ialah kumpulan pelajar Sains Pertanian dalam program lawatan sambil belajar ke beberapa tempat berkaitan subjek Sains Pertanian. Rombongan pelajar berkenaan di ketuai oleh Cikgu Ismail Naweh. Selain itu, lawatan kali ini juga menggabungkan pelajar dari dua buah sekolah iaitu turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Pertanian SMK Bugaya II diketuai oleh cikgu Ibram Syah Arham. Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil. [Klik gambar untuk saiz besar].

Kelihatan (gambar bawah) cikgu Sahril Hamid sedang mengabadikan kenangan bersama pelajar SPA SMKKJ 2009 di hadapan pintu masuk Muzium Negeri. Selain gambar ini ada beberapa gambar lagi yang tidak sempat saya masukkan kerana keterbatasan waktu. Insya Allah akan dimuat naik beberapa hari lagi …

SELSEMA BABI DAN TUALA WANITA

Imej
Ketika sedang memandu kelmarin, saya tertarik dengan laporan berita dari pusat berita radio nasional pada jam 5 petang. Antara berita yang dilaporkan adalah isu berkaitan selsema babi di Jepun. Menurut pembaca berita tersebut, topeng penutup mulut sudah habis di Jepun gara-gara gejala selsema babi. Akibatnya, rakyat Jepun kini mungkin akan menggunakan tuala wanita sebagai alternatif untuk menutup mulut dan hidung mereka.
Bunyinya agak menarik dan lucu. Pada saya, ada 2 kemungkinan yang menyebabkan topeng penutup mulut amat laris di Jepun. Pertama, mungkin rakyat Jepun sangat mengambil berat terhadap kesihatan mereka apatahlagi selsema babi merupakan penyakit yang membawa maut. Kemungkinan kedua, mungkin juga rakyat Jepun sangat takut kepada penyakit yang membawa maut ni. Barangkali terdapat kemungkinan lain yang saya sendiri kurang pasti.

Semenjak penyakit ini mula dikenali di Malaysia, saya berasa lucu dan jijik dengan selsema babi. Saya rasa lucu sebab tak sangka ada penyakit yang na…