SEKADAR CATATAN SEORANG WARGANYA
HOME
SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2010
KALENDAR SEKOLAH KPM

Isnin, 2010 Februari 08

RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat.


Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan
MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17.

Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola.


Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam.


Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain itu, pihak kontraktor pembaikan sekolah juga tidak ketinggalan menghantar wakil mereka menyertai acara tersebut.

Kaum ibu pula bertanding menggelecek bola dengan menggunakan kayu hoki bersama guru wanita dan kakitangan sokongan wanita. Acara tersebut telah menyerikan majlis sukan pada tahun ini.

Khamis, 2009 Disember 31

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran.

Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'.

Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal sekolah. Kerana sesungguhnya telah terbukti, bahawa bangunan sekolah bukan menjadi penghalang kepada kejayaan pelajar PMR 2009 yang berjaya memecahkan rekod pencapaian peratusan kelulusan keseluruhan yang sekian lama pada tahap dibawah 50%. Kini SMK Kunak Jaya boleh berbangga dengan pencapaian peratusan kelulusan melebihi 52% dengan 2 orang pelajar mendapat 8A, 2 orang mendapat 7A1B dan beberapa orang yang mendapat 6A2B. Tahniah kepada pelajar PMR 2009 serta guru-guru SMKKJ amnya, guru-guru sidang petang khasnya. Teruskan usaha anda. Semoga pelajar SPM dan STPM 2009 juga hendaknya.

Kepada warga SMKKJ, sekali lagi diucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah. Perlu diingatkan bahawa buat masa sekarang kawasan bangunan utama sekolah adalah kawasan merbahaya, kerana kerja-kerja pembaikan sedang berjalan. Jadi kepada semua dingatkan agar berjaga-jaga ketika berada disekitar bengunan uatam sekolah.

Slide show kursus (LDP) 2009

Isnin, 2009 November 30

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari raya Aidil Adha hari yang ketiga. Warga SMK Kunak Jaya telah menyempunakan ibadah Kurban yang disumbangkan oleh seorang dermawan yang juga merupakan bapa kepada pelajar di sekolah ini, En. Pirmang Udin. Beberapa orang guru, pelajar, kakitangan bukan mengajar serta bekas pelajar SMK Kunak Jaya telah meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Tepat jam 8.30 pagi, lembu yang di simpan sejak 25.11.2009 telah selamat dikurbankan.

Daging lembu yang dikurbankan telah diagih-agihkan kepada warga SMK Kunak Jaya yang hadir serta penduduk kampong yang berdekatan. Semoga sumbangan kurban ini akan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki lagi dari Allah Subahanahu Wata'ala.



____________________________________
UBAT BADAN BERBAU (klik)

SPM DAN STPM 2009

Seperti diketahui ramai, bangunan SMKKJ mengalami kerosakan dan perlu dibaiki segera. Namun tindakan segera pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib, maka alhamdulillah, calon-calon SPM dan STPM dapat mengambil peperiksan penting itu di bangunan projek kilat yang siap sebelum peperiksaan bermula. Bangunan yang dibuat adalah separuh konkrit cukup selesa untuk diduduki walaupun mungkin ada terdapat sedikit kelemahan terutama bau cat yang masih dapat dihidu kerana baru. Namun bagi warga SMKKJ terutamanya calon SPM dan STPM, tetap bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan tersebut di SMKKJ.

Terbaru

Tahukah anda: Rakyat Malaysia harus ingat, ketika bendera Malaysia di buat, 44 orang wanita menjahit dengan iringan kaliamah 'Laillah ha illlah' samapai siap jahitan bendera itu, bukan sebanrangan, dan bendera itulah yang dikebarkan pada hari pertama pengistiharan kemerdekaan....,
CUTI SEKOLAH PERTENGAHA SEMESTER KEDUA AKAN BERMULA PADA 22HB OGOS 2009 SEHINGGA 30HB OGOS 2009. KEPADA SEMUA WARGA SMK KUNAK JAYA DIUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52.

MASIH MENCARI PUNCA PENDAPATAN? KLIK UNTUK DAPATKAN PELBAGAI E BUKU UNTUK PANDUAN PERNIAGAAN

Beri biasiswa kepada yang perlu bukan kecemerlangan semata-mata KUALA LUMPUR 28 Mei - Kerajaan perlu memperuntukkan dana biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar Melayu dan bumiputera yang memerlukan dan bukan hanya berasaskan kecemerlangan akademik. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, gesaan itu selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengimbangi perkembangan pelajar mengikut status keluarga dan potensi mengejar kecemerlangan tetapi terbatas kemampuannya UNTUK BERITA SELANJUTNYA KLIK SIKAP GURU PERLU DITEGUR MARAN 24 Mei - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegur sikap segelintir guru yang menanamkan ideologi politik di kalangan pelajar di sekolah. Tegas beliau, tindakan seumpama itu akan menimbulkan suasana tidak harmoni di sekolah. Menurutnya, sebagai guru mereka sepatutnya mendokong aspirasi negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan berkualiti LAGI Sempena menyambut kedatangan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Qur'an secara online. Klik Al-Quran
2012 Doomsday Lost Civilizations Lost Continents Atlantis Egypt Lemuria Mu Tiahuanaco.

GRAMMAR TEST