Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Matapelajaran Sejarah boleh diambil SPMU 2014

Berita baik buat semua pelajar SPM, bermula tahun 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia akan memasukkan Matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM Ulangan. Ini telah dinyatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semasa persidangan Dewan Negara, bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar memperolehi sijil SPM. Buat masa sekarang, matapelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu dan Matematik.
Dengan kemasuk matapelajaran Sejarah dalam SPMU adalah diharapkan pelajar yang memperolehi keputusan kurang memuaskan terutama matapelajaran Sejarah akan dapat memperbaikinya menerusi SPMU. Apapun adalah diharapkan semua calon SPM akan datang lebih bersungguh-sungguh dan tidak mengambil mudah serta menganggap bahawa mereka boleh mengulang menduduki matapelajaran Sejarah. Kalau boleh setiap calon hendaklah lulus dengan baik untuk semua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
lagi berita berkaitan