Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR, SPM DAN STPM SMK KUNAK JAYA

Imej
P ada 08.05.2012 berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kunak Jaya kepada pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Hadiah yang merupakan Sijil dan Wang Tunai mengikut kecemerlangan atau jumlah 'A' yang diperolehi pelajar kategori masing-masing. Hadiah sijil dan wang tunai adalah sumbangan pihak sekolah. Anugerah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dalam suasana Perhimpunan Mingguan sekolah.   Ditanya kenapa majlis diadakan sebegitu ringkas, lebih-lebih lagi Guru-Guru SMK Kunak Jaya terlibat dengan mesyuarat khas PIBG dan Hari Guru Peringkat Sekolah, Tuan Pengetua memberitahu bahawa, ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar terlibat datang sendiri menerima anugerah masing-masing. Pelajar-pelajar berkenaan terutama pelajar lepasan SPM dan STPM akan dan mula sibuk dengan urusan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat seterusnya. Pada tahun 2011, SMK Kunak Jaya berjaya mencatatkan rekod