KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009
Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut.
Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh Mohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran, Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran, Naib Johan Kuiz Bomba yang disertai oleh Suriana Ambo Resi dan Norshafiqa Adilah Dahlan serta Ketiga Kawat Hose Operasi Menyelamat Kering (perempuan) yang disertrai oleh pelajar Kasmah Abdul, Rafidah Galahad dan Norhainah Ibrahim.
Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Kunak Jaya, Cikgu Kamal Pajakai berkata, kejayaan pasukan Zon Tenggara amnya dan wakil dari SMK Kunak Jaya sebenarnya adalah dari sikap positif, berdaya saing, disiplin serta komitmen semua pihak termasuk semua guru pengiring. Pihak sekolah menurut beliau telah memberikan sokongan terhadap pasukan kadet bomba sekolah sejak awal penubuhannya lagi. Kejayaan ini juga bukan pertama kali kerana pada tahun-tahun yang lepas nama sekolah SMK Kunak Jaya sentiasa ada dalam senarai wakil negeri Sabah.
Tahniah kepada Zon Tenggara khasnya kepada Kadet Bomba SMK Kunak Jaya.

Assalamualaikum..
BalasPadamsaya x student SMKKJ but just 2 years on 1995 till 1996..actually this school very near with my home..Cikgu Kamal is my good neighbour.. and i sure if he read my comment he know me Mardiana anak pak Dali..Cikgu harifudin is my teacher in paper economi fom 5 n 6...thanks a lot sir..i still remember your word in clases "PISGOR" combained the sentences pisang goreng..
ok gud luck for all the GOOD TEACHER...