BANGUNAN SMK KUNAK JAYA...@!?.><

"Mana tidak bimbang, ini bangunan batu, bukan kayu bah... kalau runtuh bukan boleh angkat-angkat punya..." begitu keluh seorang warga SMK Kunak Jaya yang saban hari diulit kebimbangan melihat beberapa keretakan dan pecahan serpihan kecil syiling yang jatuh ke lantai. Pada hari Rabu minggu lepas (01.07.2009) seluruh warga SMK Kunak Jaya dikejutkan apabila serentak 4 tempat belaku kejadian serpihan konkrit syiling bangunan sekolah jatuh ke lantai. Mujurlah tidak ada pelajar atau warga sekolah yang di timpa serpihan batu dan simen. Pihak pentadbiran sekolah segera menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak.

Encik Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak segera datang melihat keadaan banguna sekolah dan memberi nasihat agar bangunan sekolah dikosongkan sehingga pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak memberi kata putus. Setelah dihubungi pihak JKR segera menghantar pegawainya untuk melihat sendiri keadaan bangunan sekolah. Selepas memberi jaminan secara lisan bahawa bangunan sekolah masih selamat, maka pihak sekolah membenarkan sesi persekolahan Sidang Petang diteruskan, manakala pelajar-pelajar Sidang Pagi dibenarkan pulang kerana sesi persekolahan telah tamat.

Walau bagaimanapun, kebimbangan dikalangan warga sekolah masih berterusan. Pada 06.07.2009, pihak sekolah telah mengadakan latihan menyelamatkan diri tepat pada pukul 8.30 pagi. Latihan diadakan juga pada sebelah petang melibatkan pelajar dan guru-guru sidang petang.

Pada hari ini(07.07.2009) jam 7.00 pagi, pelajar Tingkatan 6 Rendah Excellent dan tingaktan 5 Brilliant telah gempar apabila mendapati lantai bilik kelas mereka memperlihatkan keretakan yang membesar lebih dari biasa. Sebelum ini, lantai kedua-dua bilik kelas tersebut telah retak sedia namun masih kecil atau hanya berbentuk garisan halus sahaja. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran sekolah hanya mampu memindahkan pelajar ke bilik Makmal Sains untuk meneruskan sesi pembelajaran.



Gambar yang berikut di ambil pada 07.07.2009 jam 7.00 pagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI