Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG: YDP KEKAL, TIGA MUKA BARU AJK KALANGAN IBU BAPA

Imej
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kunak Jaya berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2012, hari Sabtu yang bermula seawal jam 0730 pagi. Mesyuarat kali ini yang dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Boon Jenn Kiong selaku Pengarah Program menyaksikan pemilihan tarhadap jawatan Timbalan YDP dan AJK dikalangan ibubapa. Manakala bagi Jawatan YDP, ahli PIBG yang hadir sebulat suara memilih dan mengekalkan Encik Sahing Bin Taking menerajui PIBG SMK Kunak Jaya sesi 2012-2013 tanpa bertanding. AJK guru pula akan ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Nilwan Bin Kabang, Ahli DUN N51 Kunak yang turut melancarkan Program Bumi Hijau sekolah serta merasmikan BILIK GERAKAN PIBG SMK KUNAK JAYA. Semasa dalam ucapan perasmian Mesyuarat PIBG, YB Datuk Nilwan Bin Kabang juga meluluskan peruntukan bantuan sejumlah RM10,000.00 kepada sekolah serta RM5,000.00 kapada PIBG SMK Kunak Jaya bagi melaksanakan berbagai program yang dirancang termasuk pemasangan alat penghaw