YB NILWAN KABANG WAKIL RAKYAT N51 KUNAK UCAP SELAMAT HARI GURU

21.05.2009 (Khamis), kira-kira jam 0955 rombongan wakil Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang, Wakil Rakyat N51 Kunak, telah berkunjung ke SMK Kunak Jaya bagi mngucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kunak Jaya. Rombongan YB diketuai oleh Puan Aminah telah menyerahkan kek Hari Guru kepada Penolong Kanan HEM, Pn Gan Siew Lin yang mewakili guru SMK Kunak Jaya.

Menurut Pn Jainah dan Pn Aminah, YB Encik Nilwan Kabang tidak dapat hadir sendiri menyampaikan ucapan serta menyerahkan kek Hari Guru tersebut kerana YB pada masa ini berada di Kota Kinabalu atas tugas rasmi sebagai wakil rakyat Kunak. YB berkirim salam kepada semua guru di SMK Kunak Jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama.

Bagi pihak warga pendidik SMK Kunak Jaya, terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat semoga perhatian YB terhadap sekolah ini berterusan demi kemajuan dan kecemerlangan warga Kunak secara umum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI