Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

Imej
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin,  Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Menurut

Nama Negeri-negeri Di Amerika dan Nama Orang

Imej
Tahukah anda bahawa ada 10 daripada 50 negeri di Amerika diberi nama mengambil nama orang tersohor suatu masa dahulu. Antara nama-nama negewri tersebut adalah Geogia, Louisiana, Maryland dan 7 lagi seperti di bawah:  1. Washington, dinamakan sempena nama Presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington;  2. Pennsylvania, dinamakan sempena Sir William Penn; 3. Louisiana, dinamakan sempena Raja Louis XIV dari Perancis;  4. Georgia, dinamakan sempena Raja George II dari England;  5. Maryland, bernama sempena Henrietta Maria, Permaisuri Raja Charles I dari England;  6. New York, bernama sempena Duke of York, England;  7&8. North dan South Carolina, diberi nama sempena Charles I dari England;  9&10. North Virginia dan Virginia, dinamakan sempena Elizabeth I, yang bergelar sebagai “The Virgin Queen” dari England.  Empat ibu negeri diberi nama sempena nama presiden: Lincoln, Nebraska; Jackson, Mississippi; Jefferson City, Missouri, dan Madison, Wisconsin. Tah