MP P188 SILAM KE SMKKJ

05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini,
YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ.


Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tangki Air untuk menyimpan air bagi kegunaan di tandas pelajar serta alat penghawa dingin untuk bilik gurru.

Penolong Kanan Pentadbiran, En Harifudin Parakasi dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak warga SMKKJ diatas sumbangan dan keperihatinan YB Haji Salleh Kalbi terhadap keperluan sekolah ini. Beliau menharapkan agar YB akan terus memberikan perhatian terhadap SMKKJ.

YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Haji Salleh Kalbi semasa menyampaikan ucapan di hadapan warga SMK Kunak Jaya.
____________________________________________________________________________

SUBURKAN TANAMAN DI LADANG ANDA DENGAN AGM2K.
JIMAT DAN SELAMAT. DIHASILKAN SECARA BIO TEKNOLOGI.
KLIK GAMBAR UNTUK BELI ONLINE.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI