MATEMATIK OH MATEMATIK

Operasi pendaraban 2 matriks. (Multiplication Of Two Matrices)

Ramai pelajar yang merasa keliru untuk melakukan pendaraban dua matriks. Seperti yang diketahui bahawa matriks mengandungi unsur yang dikenali setiap satunya berdasarkan kedudukan unsur tersebut. Misalnya:

a ialah unsur a11 (disebut unsur satu-satu), kerana a adalah unsur matriks A pada baris satu lajur satu.

b ialah unsur a12 (disebut unsur satu-dua), kerana b adalah unsur matriks A pada baris satu lajur dua.

c ialah unsur a21 (disebut unsur dua-satu), kerana c adalah unsur matriks A pada baris dua lajur satu.

d ialah unsur a22 (disebut unsur dua-dua) kerana d adalah unsur matriks A pada baris dua lajur dua.

Pendaraban dua matriks adalah merupakan hasil tambah bagi hasil darab unsur satu-satu matriks pertama dengan unsur satu-satu matriks kedua dan unsur satu-dua matriks pertama dengan unsur dua-satu matriks kedua.

Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar boleh menyusun dua matriks yang didarabkan seperti berikut:

Gariskan unsur mengikut baris pada matris pertama dan mengikut lajur pada matriks kedua. Perhatikan tempat persilangan garis tersebut. Itu adalah merupakan kedudukan unsur yang terhasil bila kedua-dua matriks didarabkan. Kedudukan persilangan dua garis menunjukkan hanya unsur yang dilalui oleh garis-garis tersebut sahaja yang terlibat untuk didarabkan.

Hasil pendaraban dua matriks tersebut adalah abjad yang berwarna merah seperti berikut:

Matriks yang terhasil adalah matriks 2x2 , pastikan ikut padanan huruf seperti yang ditunjukkan.
Cubalah dengan menggunakan angka-angka menggantikan abjad sebagai latihan, semoga berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

TIPS BELAJAR MATEMATIK BERKESAN

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR, SPM DAN STPM SMK KUNAK JAYA