(KADET BOMBA) SMKKJ berJAYA LAGI!

Memburu Kejayaan: En Hamzah Abd Wahid (PK Kokum), Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, En Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua), Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan En Harifudin Parakasi (PK Pentadbiran).

SMK Kunak Jaya terus mencapai kejayaan apabila 7 orang ahli Pasukan Kadet Bombanya yang mewakili Gabungan Lahad Datu dalam Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 27 April 2008 sehingga 1 Mei 2008, telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Menurut Guru Penasihat Kadet Bomba SMKKJ selaku guru pengiring, Encik Kamal Pajakai, ketujuh-tujuh pelajar SMKKJ tersebut telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kabangsaan di Kuala Kangsar, Perak pada 8 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008. Kadet Bomba SMKKJ juga menurut beliau baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun ini, dan penyertaan ahlinya dalam pertandingan Kawat Kaki adalah penyertaan sulung dan telah berjaya menempah kejayaan.

Pasukan Kadet Bomba SMKKJ turut merangkul piala tempat Ke 3 kategori Kawat Kaki Hos Basah. Kadet yang terlibat ialah Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan Rosdy Rusli (tiada dalam gambar). Kesemua kadet akan menjalani latihan pusat di Kuala Penyu pada 26 Mei hingga 7 Jun 2008 sebelum berangkat ke Kuala Kangsar.

Pengetua SMKKJ, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah (tengah) semasa memberikan ucapan tahniah kepada peserta kadet yang terlibat memberi nasihat dan perangsang agar membawa nama SMK Kunak Jaya dan Gabungan Lahad Datu khasnya serta Sabah amnya terus ketahap cemerlang. Menurutnya, kejayaan peserta kadet Bomba tersebut adalah merupakan kejayaan SMK Kunak Jaya juga. Pihak sekolah berjanji akan memberikan hadiah serta sijil kepada semua peserta selepas pulang membawa kejayaan dari Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan.

Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Harifudin Parakasi (kiri) pula menyeru agar pelajar yang terlibat tidak mengabaikan pelajaran semasa menjalani latihan seterusnya bertanding kelak. Beliau mengingatkan agar pelajar membawa nota pelajaran bersama agar mereka tidak tercicir dalam akademik.

Encik Hamzah Abd Wahid (kanan dan bersongkok) selaku Penolong Kanan Kokurikulum pula mengharapkan agar mereka yang terlibat dapat melakukannya dengan bersungguh-sungguh serta menjaga nama baik sekolah SMKKJ dan Gabyngan Lahad Datu.

Kejayaan ketujuh-tujuh peserta kadet ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa SMKKJ sebagai sebuah sekolah luar bandar, juga mampu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Semoga mereka pulang membawa kejayaan sesuai dengan visi dan misi sekolah yang "cemerlang dan sentiasa ke hadapan".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI