SEKITAR SUKAN TAHUNAN KE 17 TAHUN 2008

Sukan tahunan SMK Kunak Jaya baru sahaja berakhir. Sejak minggu ke dua persekolahan 2008 dibuka, aktiviti sukan mula dirasakan. Beberapa acara telah dilangsungkan antaranya, Larian Merentas Desa, Sukan Tara, Acara Saringan dan Hari Kemuncak Sukan pada 30.01.2008 yang baru lalu.

Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar. (Gambar kanan) Barisan guru SMKKJ menyaksikan upacara penyampaian hadiah selepas acara Merentas Desa. (Gambar bawah) Guru SMKKJ dengan baju berwarna oren berteduh dari terik panas matahari, bertindak sebagai pegawai pelepas, pencatat masa dan mencatat pemenang.
Antara Guru-guru di SMK Kunak Jaya bertungkus lumus menjayakan sukan sekolah 2008.

Kemuncak sukan tahunan 2008 turut disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Md Asri Bin Hj. Alian selaku Pegawai Perasmi tamasya sukan tersebut. Ibu bapa juga turut hadir menyaksikan anak-anak mereka bertanding. Kelihatan dalam gambar duduk dari kanan En. Hamzah Abd Wahid(PK Kokum), En. Harifudin Parakasi(PK1), En. Md Asri Hj Alian(PPD), En. Zamri Pehakan(Pengetua SMKKJ) dan P. Jumatia Wrisi (PK Petang).

Antara acara yang dilangsungkan pada hari kemuncak, ialah 100m semua kategori, 4x100m semua kategori dan 4x400 semua ketegori. Kelihatan adik Suryana mendahului peserta lain dalam acara 100m perempuan satu. Adik Suryana juga telah dinobatkan sebagai olahragawati kategori perempuan satu dengan pungutan pingat 3 emas dan 1 perak.


Antara pemenang acara Merentas Desa sukan tahunan SMK Kunak Jaya ke 17.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI