PERKHEMAHAN PERDANA SMKKJ 2008

Perkhemahan Perdana SMK Kunak Jaya 2008 telah berjaya dilaksanakan dari 23 Mei hingga 26 Mei 2008 melibatkan lebih 250 orang pelajar dengan enam buah pasukan unit beruniform. Peserta pada tahun ini adalah diberi keutamaan kepada pelajar dari Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima, walau bagai mana pun, pelajar dari tingkatan lain juga diberi peluang sekiranya diperlukan untuk mencukupkan ahli pasukan. Unit beruniform yang terlibat ialah Pesukan Pengakap SMKKJ, Kadet Bomba dan Penyelamat SMKKJ, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKKJ (PBSM), Kadet Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia SMKKJ (PPIM).


Para peserta memasak makanan dan minuman untuk pasukan masing-masing secara bergilir-gilir.

Pengetua SMKKJ, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah turut menyampaikan hadiah cenderakenangan kepada Pegawai Pelajaran Daerah, disaksikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Harifudin Parakasi serta Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hamzah Abdul Wahid. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, yang turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang setiap kategori yang dipertandingkan.
Ulasan
Catat Ulasan