RIMUP

10.11.2008- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2008 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kunak telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Encik Asiz Ahmad, yang mewakili Pegawai Pelajaran Kunak, di SMK Kunak Jaya. Berbagai acara telah diadakan yang menggabungkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kunak iaitu SMK Kunak Jaya selaku tuan rumah, SMK Kunak dan SMK Madai.

Encik Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua SMK Kunak Jaya)
semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.


RIMUP telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan mengeratkan integrasi antara kaum dikalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2007, RIMUP daerah Kunak telah dilaksanakan dengan mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang-orang Tua Tawau. Manakala pada tahun ini, aktiviti sukaneka telah dipilih sebagai pengisian RIMUP 2008.

Encik Asiz Ahmad, mewakili PPD semasa myampaikan ucapan perasmian RIMUP 2008.


Acara telah dimulakan dengan senam robik di Dataran Ilmu SMK Kunak Jaya dan diteruskan dengan acara Sukaneka di Padang SMK Kunak Jaya. Antara acara sukaneka ialah mengisi air dalam botol, membawa bola pingpong dengan sudu, bowling buah kelapa, membuat layang-layang tradisi, menganyam ketupat, pakaian beragam dan banyak lagi acara. Jelas terlihat hubungan dan kerjasama peserta yang terdiri dari berbagai kaum dari tiga buah sekolah terlibat. Pengetua SMK Kunak Jaya Encik Nor Aslam Mano Abdullah merakamkan ucapan terima kasihnya kepada semua guru dari ketiga-tiga buah sekolah yang bekerjasama menjayakan program tersebut terutama pengetua dari SMK Kunak dan SMK Madai yang juga turut hadir.


Bersenam untuk melakukan regangan sebelum melakukan aktiviti sukaneka.


Pengetua SMKKJ turut menyaksikan para peserta RIMUP beraksi dalam
sukaneka di Padang SMKKJ.



Peserta RIMUP 2008 bergambar bersama Ahli Jawatan Kuasa pelaksana.
_____________________________________________________________________________

HARGA MINYAK NAIK?
JANGAN RISAU... DAPATKAN PENJIMAT MINYAK YANG TERBUKTI
BERKESAN SECARA ONLINE. ENJIN LEBIH TAHAN DENGAN
PERLINDUNGAN RM-Saver.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI