SELANGKAH KE MENARA GADING
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini telah membawa SMK Kunak Jaya khususnya pelajar yang terlibat seramai 40 orang melawat kampus UMS. Pelajar yang terlibat akan menginap di kampus UMS sambil melakukan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak universiti. Menurut Cik Rashida Abd Rahim, Kaunselor Sekolah SMKKJ, rombongan tersebut turut disertai oleh 2 orang guru pengiring dari SMKKJ, Cikgu Samsiah dan Cikgu Latifah akan berada di UMS sehingga 25 Mei 2008. Sebenarnya program Selangkah ke Menara Gading ini adalah merupakan suatu program yang telah dirancang dan SMKKJ telah mendapat jemputan secara rasmi yang di nyatakan sendiri oleh Timbalan Naib Censelor UMS semasa melakukan lawatan ke SMKKJ pada bulan Mac 2008 yang lalu.
Ulasan
Catat Ulasan