Catatan

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.

PERKHEMAHAN PERDANA SMKKJ 2008

Imej
Perkhemahan Perdana SMK Kunak Jaya 2008 telah berjaya dilaksanakan dari 23 Mei hingga 26 Mei 2008 melibatkan lebih 250 orang pelajar dengan enam buah pasukan unit beruniform. Peserta pada tahun ini adalah diberi keutamaan kepada pelajar dari Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima, walau bagai mana pun, pelajar dari tingkatan lain juga diberi peluang sekiranya diperlukan untuk mencukupkan ahli pasukan. Unit beruniform yang terlibat ialah Pesukan Pengakap SMKKJ, Kadet Bomba dan Penyelamat SMKKJ, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKKJ (PBSM), Kadet Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia SMKKJ (PPIM). Berbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan, antaranya senam robik yang dikelolakan oleh jurulatih profesional dari Persatuan Senam Robik Kebangsaan, Kawat Kaki, Reka Cipta, Khemah, Memasak, Jejak Maklumat, Larian Komando, Persembahan Malam Perdana, Ikhtiar Hidup, Rawatan Kecemasan, Pidato dan banyak lagi. Pasukan Pengakap telah muncul sebagai...

SELANGKAH KE MENARA GADING

Imej
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini telah membawa SMK Kunak Jaya khususnya pelajar yang terlibat seramai 40 orang melawat kampus UMS. Pelajar yang terlibat akan menginap di kampus UMS sambil melakukan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak universiti. Menurut Cik Rashida Abd Rahim, Kaunselor Sekolah SMKKJ, rombongan tersebut turut disertai oleh 2 orang guru pengiring dari SMKKJ, Cikgu Samsiah dan Cikgu Latifah akan berada di UMS sehingga 25 Mei 2008. Sebenarnya program Selangkah ke Menara Gading ini adalah merupakan suatu program yang telah dirancang dan SMKKJ telah mendapat jemputan secara rasmi yang di nyatakan sendiri oleh Timbalan Naib Censelor UMS semasa melakukan lawatan ke SMKKJ pada bulan Mac 2008 yang lalu. Guru pengiring memerhatikan pelajar menaiki bas express yang disewa khas untuk mengangkut pelajar ke UMS pada 23 Mei 2008 seawal jam 6.30 pagi.

(KADET BOMBA) SMKKJ berJAYA LAGI!

Imej
Memburu Kejayaan : En Hamzah Abd Wahid (PK Kokum), Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, En Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua), Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan En Harifudin Parakasi (PK Pentadbiran). SMK Kunak Jaya terus mencapai kejayaan apabila 7 orang ahli Pasukan Kadet Bombanya yang mewakili Gabungan Lahad Datu dalam Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 27 April 2008 sehingga 1 Mei 2008, telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Menurut Guru Penasihat Kadet Bomba SMKKJ selaku guru pengiring, Encik Kamal Pajakai, ketujuh-tujuh pelajar SMKKJ tersebut telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kabangsaan di Kuala Kangsar, Perak pada 8 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008. Kadet Bomba SMKKJ juga menurut beliau baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun ini, dan penyertaan ahlinya dalam pertandingan Kawat Kaki adalah penyertaan sulung dan telah berjaya menempah ke...

Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Gabungan Lahad Datu

Imej
14 May 2008, Rabu, SMKKJ sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya mengelolakan Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Daerah Gabungan Lahad Datu. Sebagai sebuah sekolah yang masih serba kekurangan terutama kemudahan dewan, SMKKJ ternyata masih mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ini adalah hasil dari komitmen yang ditunjukkan oleh semua warganya. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Teater SMKKJ telah muncul sebagai Johan dengan tajuk teater "Puteri Hang Li Po" , seterusnya akan mewakili Gabungan Lahad Datu ke Pertandingan Teater Peringkat Negeri Sabah, Jun akan datang. Tempat Kedua disandang oleh SMK Madai, manakala tempat Ketiga jatuh kepada SMK Bukit Garam II. Selain muncul sebagai Johan Keseluruhan, SMKKJ juga telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik (Dt. Awaluddin Dt. Kamaruddin) dan Anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik (Murinah Abdul Rakman). SMK Madai pula menerima Anugerah Pelakon Utama Lelaki (Watak Matahari) dan Pelakon Pembantu Wanita (Watak ...

MATEMATIK OH MATEMATIK

Imej
Operasi pendaraban 2 matriks. (Multiplication Of Two Matrices) Rama i pelajar yang merasa keliru untuk melakukan pendaraban dua matriks. Seperti yang diketahui bahawa matriks mengandungi unsur yang dikenali setiap satunya berdasarkan kedudukan unsur tersebut. Misalnya: a ialah unsur a11 (disebut unsur satu-satu), kerana a adalah unsur matriks A pada baris satu lajur satu. b ialah unsur a 12 (disebut unsur satu-dua), kerana b adalah unsur matriks A pada baris satu lajur dua. c ialah unsur a21 (disebut unsur dua-satu), kerana c adalah unsur matriks A pada baris dua lajur satu. d ialah unsur a22 (disebut unsur dua-dua) kerana d adalah unsur matriks A pada baris dua lajur dua. Pendaraban dua matriks adalah merupakan hasil tambah bagi hasil darab unsur satu-satu matriks pertama dengan unsur satu-satu matriks kedua dan unsur satu-dua matriks pertama dengan unsur dua-satu matriks kedua. Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar boleh menyusun dua matriks yang didarabkan s...