BERTEMU KEMBALI

Sejak sekian lama laman ini menyepi. Entah kenapa, apa yang pasti hari ini terlintas pula difikiran untuk menjenguk blog yang sekian lama ditinggalkan. Alhamdulillah, masih boleh buka dan menerokainya.Semoga selepas ini diberi kekuatan untuk meng'up-date' entry. Buat masa ini, SMKKJ sibuk dengan Peperiksaan Pertengahan Tahunnya. Selain itu, Pendaftaran Pra-Universiti baru saja bermula pada 02 Mei 2017 dan kini pelajar Tingkatan 6R sibuk dengan aktiviti minggu orientasi. Fuhhh... Mei yang baru menggantikan April, mula menampakkan kesibukan berkaitan kewangan. Ramai rakan yang mengeluh kerana disegenap penjuru masa dan hari asyik kena terjah menuntut bayaran pelbagai. Bermula dari Hari Gurunya, Jogathon daerah hinggalah kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Hampir RM200 yang perlu disumbangkan dari wang gaji bulan April yang lalu. Sabar sajalah... Apapapun kena redha agar tidak terlalu membebankan fikiran. Bahh... ok. Mau sambung kerja yang lain pula. Jumpa lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik